WhatsApp di Komputer Anda!

Ya betul WhatsApp di komputer anda!

Lenguh menjawab WhatsApp pelanggan yang semakin bertambah di telefon pintar anda? Mata naik rabun dek font telefon yang kecil?  WhatsApp anda selalu hang hang hang…

Jangan risau! Kini anda boleh menghantar atau reply mesej WhatsApp di komputer anda!

Apa anda perlu ada?

  • Akaun WhatsApp dalam telefon pintar sedia ada
  • Telefon pintar dan komputer peribadi / laptop dengan kedua-duanya mempunyai sambungan ke Internet.

Mari kita lihat caranya:

1. Buka Internet Browser kegemaran ada di komputer, halakan ke laman web http://web.whatsapp.com dan anda akan lihat seperti berikut:

2. Buka app WhatsApp di telefon pintar anda dan lakukan perkara berikut:

  • Buka “Menu -> WhatsApp Web”
  • Scan QR Code pada gambar di atas.

3. Kini secara automatik anda bolehlah menghantar atau membalas mesej-mesej yang masuk ke WhatsApp anda!  Pelanggan anda pasti kagum dengan kepantasan anda menaip dan membalas mesej-mesej mereka!

Sekian, semoga boleh disebarkan dan dimanafaatkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *