Pasang Web Server dengan Ubuntu dalam masa 15 minit: Persediaan

Kita boleh memasang Ubuntu Server dalam masa lebih kurang 15 minit!  Tujuan pemasangan ini adalah bagi menghoskan Laman web yang disokong dengan sistem pengoperasian Linux, web server Apache, pangkalan data MySQL dan komponen PHP.

Install dulu, lepas ni kita belajar serba sedikit tentang UNIX/Linux ni ya…

Laman web rujukan:

Bagi tujuan pembelajaran, kita boleh gunakan perkakasan komputer tanpa sistem pengoperasian di mana keseluruhan hard disk akan digunakan bagi tujuan ini.  Walau bagaimana pun, dalam posting kali ini, saya menggunakan VirtualBox (http://www.virtualbox.org) yang dibangunkan oleh Oracle bagi mengelakkan kita daripada membeli komputer baru atau merosakkan komputer yang sedang dipakai.  Rujuk artikel ini untuk pasang VirtualBox.

Langkah Persediaan

1) Kita perlu menjalankan perisian VirtualBox seperti berikut (saya menggunakan Microsoft Windows 7): Start -> All Programs -> Oracle VM VirtualBox -> Oracle VM VirtualBox

 

2) Klik menu “New“:

3) Masukkan maklumat bagi sistem pengoperasian yang hendak dipasang:

  • Name – masukkan nama sistem pengoperasian atau label yang bersesuaian seperti “Linux Ubuntu Server 12.10”
  • Type – Pilih jenis sistem pengoperasian “Linux”
  • Version – Pilih “Ubuntu”

 

Klik “Next” …

4) Pilih saiz memory yang hendak digunakan.  Saiz 512 MB sudah mencukupi bagi tujuan pembelajaran.  Jika ada saiz RAM yang lebih besar adalah lebih bagus.  Klik “Next” …

 

5) Pilih saiz HDD yang hendak digunakan dan klik “Next“. Saya guna default settings je..

 

6) Pilih HDD type.  Guna default juga dan klik “Next“…

 

7) Pilih default juga untuk storage yang hendak digunakan dan klik “Next“:

 

8) Pilih lokasi folder bagi virtual HDD yang hendak disimpan dan tukar saiz HDD jika berkenaan.  Klik “Create“.

 

9) Sekarang konfigurasi perkakasan atau komputer baru bagi pemasangan Linux kita telah selesai.  Lihat aplikasi ini di mana nama yang kita masukkan dalam langkah (3) telah kelihatan di bawah sekali … Jangun takut, double klik sahaja atau klik menu “Start“:

 

10) Masukkan DVD installation dalam DVD drive.  Dalam artikel ini saya menggunakan ISO image “ubuntu-12.10-server-i386.iso”. Maklumla..tak ada DVD drive laptop leper sekarang ni..  ISO image ini boleh dimuat turun dari laman web Ubuntu di http://www.ubuntu.com.

 

Klik “Start” … dan boot screen berikut akan dipaparkan…

Sekian persediaan yang perlu dilakukan.  Posting berikutnya akan menerangkan langkah-langkah pemasangan Linux Ubuntu 12.10 server secara ringkas.  Versi Ubuntu terkini boleh digunakan di mana langkah-langkah pemasangannya adalah tidak jauh beza dari versi ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *