Blog post dengan WordPress

Posting sebelum ini kita telah melihat bahawa membina blog adalah sangat mudah melalui artikel “Membina Blog dengan WordPress“.  Setelah mesej berikut dipaparkan, kita boleh terus membuat posting pertama dengan menu “New Post”:

 

Kini kita boleh menulis artikel pertama seperti berikut:

 

Masukkan tajuk artikel dan tulislah apa yang terlintas oleh fikiran.  Perhatikan juga bahagian formatting bagi menyusun atur artikel.  Klik butang “Add Media” untuk memasukkan imej atau video ke dalam posting.

Perhatikan juga dalam page yang sama, kita boleh simpan sebagai deraf (“Save Draft“) dan melihat posting yang ditulis melalui “Preview“.  Klik butang “Publish” untuk menerbitkan artikel anda.

Kategori

Artikel yang ditulis di dalam blog juga boleh disusun mengikut kategori masing-masing.  Bagi menyusun artikel mengikut kategori, masukkan kategori artikel dalam borang berikut:

 

Kategori-kategori baru yang lain boleh ditambah dengan pilihan “+Add New Category“:

 

Tekan butang “Publish” seperti yang dijelaskan sebelum ini untuk menerbitkan artikel pertama kita.  Mesej berikut akan dipaparkan sebagai tanda artikel telah diterbitkan:

 

Kini pengguna Internet boleh melayari blog kita dengan alamat blog yang kita pilih semasa membinanya.  Sebagai contoh, blog contoh ini boleh dilayari dengan alamat http://wpnazri.wordpress.com:

 

Mudah bukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *