Pasang Web Server dengan Ubuntu dalam masa 15 minit: Persediaan

Kita boleh memasang Ubuntu Server dalam masa lebih kurang 15 minit!  Tujuan pemasangan ini adalah bagi menghoskan Laman web yang disokong dengan sistem pengoperasian Linux, web server Apache, pangkalan data MySQL dan komponen PHP.

Install dulu, lepas ni kita belajar serba sedikit tentang UNIX/Linux ni ya…

Laman web rujukan:

Bagi tujuan pembelajaran, kita boleh gunakan perkakasan komputer tanpa sistem pengoperasian di mana keseluruhan hard disk akan digunakan bagi tujuan ini.  Walau bagaimana pun, dalam posting kali ini, saya menggunakan VirtualBox (http://www.virtualbox.org) yang dibangunkan oleh Oracle bagi mengelakkan kita daripada membeli komputer baru atau merosakkan komputer yang sedang dipakai.  Rujuk artikel ini untuk pasang VirtualBox.

Langkah Persediaan

1) Kita perlu menjalankan perisian VirtualBox seperti berikut (saya menggunakan Microsoft Windows 7): Start -> All Programs -> Oracle VM VirtualBox -> Oracle VM VirtualBox

 

2) Klik menu “New“:

3) Masukkan maklumat bagi sistem pengoperasian yang hendak dipasang:

  • Name – masukkan nama sistem pengoperasian atau label yang bersesuaian seperti “Linux Ubuntu Server 12.10”
  • Type – Pilih jenis sistem pengoperasian “Linux”
  • Version – Pilih “Ubuntu”

 

Klik “Next” …

4) Pilih saiz memory yang hendak digunakan.  Saiz 512 MB sudah mencukupi bagi tujuan pembelajaran.  Jika ada saiz RAM yang lebih besar adalah lebih bagus.  Klik “Next” …

 

5) Pilih saiz HDD yang hendak digunakan dan klik “Next“. Saya guna default settings je..

 

6) Pilih HDD type.  Guna default juga dan klik “Next“…

 

7) Pilih default juga untuk storage yang hendak digunakan dan klik “Next“:

 

8) Pilih lokasi folder bagi virtual HDD yang hendak disimpan dan tukar saiz HDD jika berkenaan.  Klik “Create“.

 

9) Sekarang konfigurasi perkakasan atau komputer baru bagi pemasangan Linux kita telah selesai.  Lihat aplikasi ini di mana nama yang kita masukkan dalam langkah (3) telah kelihatan di bawah sekali … Jangun takut, double klik sahaja atau klik menu “Start“:

 

10) Masukkan DVD installation dalam DVD drive.  Dalam artikel ini saya menggunakan ISO image “ubuntu-12.10-server-i386.iso”. Maklumla..tak ada DVD drive laptop leper sekarang ni..  ISO image ini boleh dimuat turun dari laman web Ubuntu di http://www.ubuntu.com.

 

Klik “Start” … dan boot screen berikut akan dipaparkan…

Sekian persediaan yang perlu dilakukan.  Posting berikutnya akan menerangkan langkah-langkah pemasangan Linux Ubuntu 12.10 server secara ringkas.  Versi Ubuntu terkini boleh digunakan di mana langkah-langkah pemasangannya adalah tidak jauh beza dari versi ini..

Berkenalan dengan VirtualBox

Kenapa kita nak guna VirtualBox? Kita boleh pasang sistem pengoperasian lain ke dalam komputer tanpa perlu format keseluruhan komputer.  Dengan VirtualBox, kita boleh ada sistem pengoperasian lain seperti Linux berjalan dengan serentak dengan Windows atau OS X yang telah dipasang sebelumnya.

VirtualBox is a general-purpose full virtualizer for x86 hardware, targeted at server, desktop and embedded use.

Perisian ini memudahkan pembelajaran tanpa kita perlu membeli komputer lain.  Secara mudah, perisian ini membolehkan kita mempunyai komputer lain tanpa membeli komputer baru! Ia adalah umpama kita mempunyai komputer lain di dalam komputer yang kita gunakan selama ini.  Perisian lain yang setara adalah Vmware Workstation.  Perisian ini adalah perisian yang paling mudah bagi melaksanakan teknik “Virtualization“.

Berikut merupakan proses pemasangan perisian VirtualBox ini:

1.  Dapatkan versi terkini perisian dan muat turun dari: https://www.virtualbox.org/wiki/Download

 

2. Pilih platform yang sesuai dan “Save” ke dalam PC:

 

3. Buka folder di mana installation VirtualBox yang dimuat turun tadi di simpan dan “double click” fail tersebut:

 

4. Kik “Run“:

 

5. Tekan “Next“:

 

6. Tekan “Next” lagi…

 

7. Pilih default settings, dan tekan “Next“:

 

8. Pilik “Yes” pula kali ini..

 

9. Tekan “Install” pula..

 

10. Installation in progress…

 

11. Selesai pemasangan dengan mesej berikut dan  klik “Finish“:

 

 

12. Sekarang kita sudah boleh memasang sistem pengoperasian lain dalam komputer dengan menggunakan VirtualBox seperti berikut:

Blog post dengan WordPress

Posting sebelum ini kita telah melihat bahawa membina blog adalah sangat mudah melalui artikel “Membina Blog dengan WordPress“.  Setelah mesej berikut dipaparkan, kita boleh terus membuat posting pertama dengan menu “New Post”:

 

Kini kita boleh menulis artikel pertama seperti berikut:

 

Masukkan tajuk artikel dan tulislah apa yang terlintas oleh fikiran.  Perhatikan juga bahagian formatting bagi menyusun atur artikel.  Klik butang “Add Media” untuk memasukkan imej atau video ke dalam posting.

Perhatikan juga dalam page yang sama, kita boleh simpan sebagai deraf (“Save Draft“) dan melihat posting yang ditulis melalui “Preview“.  Klik butang “Publish” untuk menerbitkan artikel anda.

Kategori

Artikel yang ditulis di dalam blog juga boleh disusun mengikut kategori masing-masing.  Bagi menyusun artikel mengikut kategori, masukkan kategori artikel dalam borang berikut:

 

Kategori-kategori baru yang lain boleh ditambah dengan pilihan “+Add New Category“:

 

Tekan butang “Publish” seperti yang dijelaskan sebelum ini untuk menerbitkan artikel pertama kita.  Mesej berikut akan dipaparkan sebagai tanda artikel telah diterbitkan:

 

Kini pengguna Internet boleh melayari blog kita dengan alamat blog yang kita pilih semasa membinanya.  Sebagai contoh, blog contoh ini boleh dilayari dengan alamat http://wpnazri.wordpress.com:

 

Mudah bukan?

Membina Blog dengan WordPress

Blog boleh dibina dengan percuma dengan menggunakan platform seperti yang ditawarkan oleh WordPress dan Blogspot.  Artikel ringkas ini akan membincangkan bagaimana blog boleh dibina dengan menggunakan WordPress.  Langkah-langkah membina blog dengan WordPress adalah seperti berikut:

1. Layari laman web WordPress di http://wordpress.com, click butang “Get Started”:

 

2. Signup kepada WordPress dengan mengisi maklumat-maklumat seperti berikut:

 

Pastikan anda menggunakan password yang kukuh iaitu yang tidak mudah diteka oleh pengguna lain.  Elakkan menggunakan password seperti “password”, “abc123”, “1234567” dan lain-lain.  Password seperti “katalaluan#KuKuH-2014!” adalah lebih baik berbanding contoh-contoh sebelumnya.

WordPress mempunyai pakej percuma dan juga premium. Ia boleh dipilih semasa memilih “BLOG ADDRESS” seperti di atas.  Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 

Dengan pakej premium/bisnes, anda boleh mempunyai alamat blog sendiri seperti “http://wpnazri.com” berbanding “http://wpnazri.wordpress.com”.

Klik “No thanks, I’ll use the free address” untuk langkah seterusnya.

3. Semak emel yang digunakan dan anda akan menerima emel seperti berikut:

 

 

4. Pilih emel yang bertajuk “Confirm your email…”, dan klik pautan yang diterima bagi menggesahkan emel yang digunakan:

 

5. Proses pembinaan blog dengan WordPress kini sudah siap apabila anda klik pautan tadi.  Mesej berikut akan dipaparkan:

 

Kini anda boleh mula untuk menulis dan menerbitkan artikel pada blog anda sendiri.  Posting berikut akan menerangkan secara ringkas bagaimana memulakan posting pertama dan menggunakan kategori bagi posting.  Sekian, selamat maju jaya!