BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan

Kenali segmen pelanggan kita!

Objektif utama perniagaan adalah untuk membantu menyelesaikan masalah atau/dan memberi tambah nilai kepada golongan sasaran pelanggan.  Masalah atau tambah nilai ini tentunya adalah tak sama dari satu dengan yang lain. Walau pun tidak sama, ianya boleh terdiri kepada kumpulan atau kelompok tertentu.  Iniliah yang akan menentukan sasaran segmen pelanggan atau Customer Segments ini.

Betul, keuntungan dan mahu kaya juga adalah antara salah-satu matlamat kenapa kita mahu berniaga, tapi  jangan jadikan ia sebagai matlamat utama.. Ini adalah kategori dosa besar perniagaan!

Tetapkan Sasaran Segmen Pelanggan

Dalam BMC, kita perlu untuk mendefinisikan / menetapkan segmen pelanggan ini.  Nyatakan mana segmen pelanggan  yang kita mahu selesaikan masalah atau beri  tambah nilai kepada mereka, mahupun mana yang tidak perlu. Definisikan mana yang kita mahu sasarkan perkhidmatan atau pun produk bagi mencapai objektif utama perniagaan.

Kumpulan sasaran pelanggan ini boleh mewakili segmen yang berasingan jika:

  • Keperluan sasaran adalah berbeza yang mana setiap sasaran memerlukan tawaran nilai yang berlainan;
  • Sasaran pelanggan memerlukan channel atau saluran pengedaran yang khusus;
  • Sasaran memerlukan kaedah hubungan pelanggan (relationship) yang tidak sama dengan sasaran yang lain;
  • Sasaran akan memberikan keuntungan yang lebih BESAR berbanding sasaran yang lain; dan
  • Sasaran sanggup membayar terhadap aspek tawaran yang orang lain tidak peduli.

Pada siapakah kita mahu sasarkan nilai yang kita bina? dan Siapakah pelanggan kita yang paling penting sekali?

Contoh Segmen Pelanggan

Mari kita lihat contoh-contoh sasaran pelanggan di bawah ini.  Mungkin kita akan dapat idea sasaran pelanggan bagi perniagaan kita nanti..

Mass Market

Mass market merujuk kepada model bisnes tanpa sasaran yang khusus.  Model bisnes ini tidak membezakan sasaran pelanggan yang mereka mahu.  Tawaran nilai, saluran pengedaran dan perhubungan pelanggan memberikan fokus kepada pelanggan yang mempunyai masalah atau mahukan nilai yang sama.  Main target –  large group of customers.

Mari kita tengok contoh terdekat – Mc Donalds.  Sasaran pelanggan yang lapar dan mahukan makanan dengan kuantiti yang banyak! Semua orang lapar, tak kira tua mahupun muda.  Mereka keluarkan Big Mac!

Contoh lain bagi Mass Market adalah pernigaan makanan (tak kira apa jua bentuk), sektor pengguna (consumer) elektronik, produk minuman seperti Coke & Pepsi, Akhbar Harian, dan lain-lain.

Niche Market

Model bisnes bagi  niche market pula bagi memenuhi kehendak yang lebih spesifik atau specialized.  Tawaran nilai, saluran pengedaran dan perhubungan dengan pelanggan perlu merujuk kepada kehendak tersebut.

Sebagai contoh, semua orang lapar tetapi tidak mahu kepada Big Mac yang mempunyai kuantiti yang benyak tersebut.  Mereka mahu diet! Mahu kurus beb! Ok fine, kami ada Salad!   Bagi kanak-kanak atau mereka yang mahukan kuantiti kecil pula mereka menyediakan Mac Jr!

Contoh lain niche market, supplier hanya mensasarkan kepada peniaga, pembekal jahit pukal mensasarkan kepada pemilik butik,  perkhidmatan telekomunikasi ONEXOX bagi mereka yang mahukan penjimatan vs pengedar yang mahukan menjana pendapatan.

Segmented

Contoh paling mudah bagi segmented ini adalah merujuk kepada Bank.  Mereka mempunyai pelanggan yang jelas berbeza dan perkhidmatan yang ditawarkan juga berlainan.  Sebagai contoh, mereka mempunyai perkhidmatan consumer/retail banking dan corporate banking dalam segmen pelanggan yang lain.

Bank juga membezakan pelanggan dengan net worth sehingga RM 100,000 atau sebilangan kecil dengan net worth melebihi RM 500,000.  Bagi sebilangan kecil pelanggan dengan net worth melebihi RM 500,000 ini umpamanya, perkhidmatan Priority Banking disediakan.  Mereka tak perlu beratur lebih lama untuk berurusan!

Diversified

Contoh dalam buku BMC ni merujuk kepada Amazon.com.  Mereka mempunyai model bisnes yang diversified atau pelbagai.  Sasaran utama sebelum ini adalah penncinta buku.  Kemudian mereka mempunyai sasaran yang lebih luas – fesyen, elektronik, video, muzik dan segala benda yang boleh dijual!  Kini mereka juga menawarkan perkhidmatan cloud computing – bagi pelanggan yang mahukan membina perniagaan secara online mereka sendiri.

Multi-sided platforms

Organisasi memerlukan dua atau lebih segmen pelanggan yang bergantung pada satu sama lain.  Contoh, perniagaan kad kredit memerlukan pelanggan yang menggunakan kad kredit, dan dalam masa yang sama memerlukan perniaga / merchants yang menerima pakai kad kredit dalam perniagaan.

Sasaran Pelanggan Yang Mana?

So, sasaran pelanggan yang mana kita mahu? Hanya kita sebagai pemilik perniagaan yang mengetahuinya.  Hanya kita yang perlu menetapkan sasaran pelanggan kita.  Perlu diingatkan bahawa di atas ini adalah contoh sahaja!

Setelah kita definisikan segmen pelangan kita, kita juga perlu cari di mana mereka ini berada atau berkumpul.  Cari mereka!

_____________________________________________________________________

Pautan keseluruhan BMC:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan

 

Business Model Canvas (‘BMC’)

Tahun baru, semangat baru!

Mulakan pembelajaran pertama dengan Business Model Canvas atau ‘BMC‘. Kalau translate direct jadi Kanvas Model Bisnes atau Perniagaan. Tak gitu?

Apa tu ‘Model Bisnes‘ ?

Buku ni cakap:

“A business model describes the rationale of how an organization creates, delivers, and captures value.”

Kata kunci:

Bina, Sampaikan & Menambat Nilai.

Business Model Generation, Alexander Osterwalder & Yves Pigneur, et. al., John Wiley & Sons, Inc. halaman 14.  Penulis bersama dengan 470 BMC practitioners di seluruh dunia.

Konsep Model Bisnes

Tujuan:  Memudahkan kefahaman – merujuk kepada konsep yang sama, single point of referrence.   So kalau nak berbincang, merujuk kepada benda yang sama.

Ciri-ciri konsep Model Bisnes: Mudah (simple), relevan, senang difahami, tetapi tak terlalu oversimplified bagaimana organisasi bisnes berfungsi – kompleks juga sebenarnya 😀

Kenapa nak guna Business Model Canvas ni?

Konsep ini  dah diuji dan diguna pakai oleh IBM, Ericsson, Deloitte dan banyak lagi organisasi di luar sana.  Kalau nak tau, revenue IBM, USD$ 22.1 bilion (2015) & Deloitte pulak USD$36.8 bilion (2016).

Tak ke rugi kalau kita tak guna!

The Business Model Canvas

BMC ni ada sembilan (9) building blocks dia:

business model canvas

“A shared language for describing, visualizing, assessing and changing business model”

Mari kita tengok satu-persatu:

  1. Customer Segments (CS)  – Organisasi menawarkan produk/perkhidmatan kepada satu atau lebih segmen pelanggan.
  2. Value Propositions (VP)  – Menyelesaikan masalah pelanggan atau memberi nilai tambah. Direct translate – Tawaran nilai.
  3. Channels (CH)  – Tawaran nilai disampaikan kepada pelanggan melalui kaedah komunikasi, pengedaran (distribution), dan saluran jualan (sales channel)
  4. Customer Relationships (CR) – hubungan dengan pelanggan dibina dan dikekalkan kepada setiap segmen pelanggan.
  5. Revenue Streams  (R$) – aliran pendapatan hasil dari kejayaan tawaran nilai kepada pelanggan.
  6. Key Resources  (KR) – sumber yang diperlukan untuk menawarkan dan menyampaikan perkara-perkara berkaitan building blocks 1-5 di atas…
  7. Key Activities (KA) – … dengan melaksanakan berberapa aktiviti utama dalam bisnes.
  8. Key Partnerships (KP)– Sesetengah aktiviti boleh dilaksanakan atau diperolehi (acquired) melalui pihak ke-tiga (proses outsource).
  9. Cost Structure  (C$) – Elemen bisnes model di atas akan menentukan struktur kos yang diperlukan.

OK ni template dalam format Microsoft Powerpoint yang boleh kita gunakan nanti…

Sekian untuk hari ini.  Nanti kita sambung baca buku ni dan update blog ni bagi setiap satu building blocks Business Model Canvas (‘BMC’) ini.

Terima kasih!

_____________________________________________________________________

Pautan:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan

Laman Web Perniagaan

laman web perniagaan

Pembangunan laman web perniagaan adalah aspek yang sangat penting pada hari ini.  Kalau perniagaan kita tak ada laman web, boleh dikatakan perniagaan kita tidak wujud!  Ketinggalan zaman orang kata.

Tak kira lah sama ada kita menjalankan perniagaan secara offline, apatah lagi online.  Prospek akan cari laman web kita terlebih dulu untuk mencari maklumat.  Proses fact findingsDue diligence akan dimulakan dengan melayari laman web kita.  Kalau tak ada macam mana?

Laman web perniagaan merupakan antara medium utama bagi menjalankan perniagaan pada masa kini.  Bagaimana kita boleh berniaga melalui laman web?

Kita perlu pastikan bahawa laman web perniagaan yang dibangunkan boleh:

  1. Mengumpul sebanyak mungkin bakal pelanggan atau prospek;
  2. Membuat jual beli atau transaction secara online; dan
  3. Menyediakan ruang iklan sebagai punca pendapatan tambahan.

Mengumpul Senarai Prospek melalui Laman Web Perniagaan

Laman web perniagaan yang dibangunkan perlu mempunyai  seberapa banyak informasi yang berkualiti dan mencukupi tentang perniagaan yang dijalankan. Cuba bayangkan pengguna Internet tidak perlu mencari maklumat tambahan dari laman web lain.

Segalanya dihujung jari mereka ada di laman web perniagaan kita.  Laman web juga perlu kemas dan menarik perhatian sehingga boleh mengumpul sebanyak mungkin bakal pelanggan .

Laman web seperti ini kebiasaannya tiada jual beli secara online.  Ini bermakna tiada produk fizikal yang boleh dijual melalui medium Internet mahu pun dihantar secara khidmat penghantaran secara pos.  Tiada transaksi kewangan yang perlu dijalankan.

Sebagai contoh mudah, ejen hartanah hampir pasti tiada sesiapa yang mahu membuat bayaran permulaan (down payment) sebanyak 10% bagi sebuah rumah yang berharga 1 juta dengan hanya melayari laman web! (Kecuali mereka pernah berurusan dengan kita..)

Jualan sebenar dilaksanakan melalui perjumpaan secara face-to-face atau beberapa sesi perbincangan, teh tarik, telefon, email dan lain-lain.  Terdapat pelbagai proses tambahan lain seperti pelanggan mahu melihat produk yang hendak dibeli, menandatangani perjanjian jual beli, proses pinjaman dengan bank dan sebagainya.

Contoh-contoh bisnes online lain di mana laman web perniagaan lebih kepada mengumpul bakal pelanggan adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan perundingan (consultancy services) dalam pelbagai bidang seperti  teknologi maklumat dan komunikasi (ICT);
  • Perkhidmatan menjual insuran kesihatan, takaful, kihdmat nasihat dan pelaburan kewangan;
  • Ejen hartanah bagi jual beli rumah, tanah, dan lot-lot kedai; dan
  • Coaching, latihan dan seminar  dalam pelbagai bidang seperti motivasi, perniagaan, kelas memasak dan sebagainya.

Laman web perniagaan yang dibina perlu mempunyai maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan atau produk yang hendak dijual.  Ia bertujuan untuk memperlihatkan kepakaran dalam bidang yang diceburi dan seterusnya membina kredibiliti.

Antara lain, laman web perniagaan juga bertujuan untuk menonjolkan diri atau organisasi perniagaan dalam dunia bisnes online atau lebih dikenali sebagai ‘online presence‘.

Aspek yang paling penting adalah laman web perlu menyediakan borang-borang tertentu untuk prospek memberikan maklumat yang berkaitan.

Maklumat peniaga dan usahawan juga perlu mudah kelihatan dan dicapai bagi memudahkan bakal pelanggan menghubungi kita.

Laman E-Commerce atau Kedai Online

Laman web perniagaan juga telah menjadi menjadi salah satu medium jual beli secara online.  Perniagaan Internet jenis  ini menggunakan laman web yang khusus digunakan untuk melaksanakan transaksi jual beli secara online.

Sebagai contoh, terdapat pelbagai produk dan perkhidmatan yang boleh dijual secara online manakala penghantaran dilaksanakan dengan khidmat penghantaran secara pos.

Laman web seperti ini lebih dikenali sebagai laman web e-dagang (e-commerce website). Produk dan perkhidmatan boleh dijual secara online di mana bayaran atau transaksi dilakukan secara online.

Produk pula boleh dimuat turun (produk digital) atau dihantar secara khidmat pos.  Antara laman web popular dengan konsep yang sama adalah seperti Ebay, Amazon.com dan yang terkini mendapat liputan berikutan disenaraikan dalam pasaran saham di NYSE, Alibaba.com.

Di Malaysia pula, laman web jenis ini juga semakin mendapat sambutan seperti Zalora dan Lazada:

Menyediakan Ruang Iklan

Kita juga boleh menyediakan perkhidmatan pengiklanan (advertising) melalui laman web kita sebagai pendapatan tambahan.  Cabaran utamanya adalah meningkatkan bilangan trafik pengguna bagi melayari laman web yang kita bina.

Selepas itu, kita boleh menyediakan dan ‘menyewakan’ ruang atau menjual ruang iklan di laman web kita.  Kita juga boleh mendaftar dengan pelbagai agensi pengiklanan online dan meletakkan iklan mereka di laman web kita.

Mana Satu Pilihan hati?

Kalau kita nak bina laman web, apa fungsi yang kita nak?

fungsi laman web perniagaan

Bergantung kepada jenis perniagaan yang kita dijalankan, kita mungkin boleh mengumpul sebanyak mungkin bakal pelanggan.  Kita juga boleh terus menjual produk dan perkhidmatan secara online.  Transaksi jual beli juga boleh dijalankan secara online.  Bagi kedua-dua jenis laman web perniagaan ini, kita juga boleh mendapat pendapatan tambahan dengan menyediakan ruang iklan untuk dijual.

Teknik Tawar Menawar / Negotiation Skills

tawar menawar

Tawar menawar? Tentulah! Kita nak harga yang berpatutan!

Tawar menawar, kemahiran berunding harga (negotiation) adalah kemahiran yang sangat bernilai dalam dunia bisnes.  Antara kegunaan utama dan biasa digunakan adalah untuk kita mendapat sesuatu barangan atau perkhidmatan dengan harga yang sangat berpatutan!

Ingat ya.. berpatutan.. bukan murah a.k.a cheap!

Empat (4) Prinsip Tawar Menawar

Antara prinsip negotiation yang perlu kita tahu adalah:

(1) Kita tak akan dapat apa yang kita sebenarnya deserve, tetapi kita akan dapat dari apa yang kita negotiate atau rundingkan melalui proses tawar menawar.

(2) Bagi mendapatkan sesuatu, kita perlu paksa. Contohnya, dapatkan diskaun dengan secara memaksa-maksa!  Ini adalah mitos yang sangat salah! Kita perlu mendapatkan sesuatu dengan “win-win situation“.

Kita dapat apa yang kita hendak, manakala pembekal dapat apa yang dia perlu dapat.  Kalau dia setuju bagi harga sekian-sekian, itu bermakna dia masih mendapat keuntungan.

(3) Kita perlu dapatkan yang terbaik iaitu the best in everything. Kita negotiate the best price!  Kita perlu jadi smart business man.. Dapat untung sebelum berniaga.

(4) Jangan ingat kita banyak duit, kita tak perlu negotiate! Tak ke rugi kalau kita sebenarnya boleh dapat harga terbaik sehingga 50% atau lebih?

Mana saya belajar ni? Tentulah dari salah seorang mentor yang terbukti berjaya dalam bidangnya, Dr. Azizan Osman melalui seminar Master Your Business (3-7 Disember 2014).

Dalam seminar ni kami telah didedahkan dengan 13 strategi untuk negotiate dengan pembekal.  Kemudian kami ditugaskan untuk menjalankan aktiviti berkumpulan “shopping sakan”.

Beli 5 barang dengan menggunakan strategi yang diajarkan. Hasilnya…

Kami dapat beli barang dengan purata diskaun lebih daripada 60%!

Ok ni nak cerita sikit dengan strategi negotiate yang kami gunakan:

(1) Always ask for it.  Kalau tak mintak langsung, jangan harapkan orang untuk offer sebarang diskaun kat kita. Proses tawar menawar kita perlu buat!

(2) Beli barang secara berjemaah.  Masing-masing boleh jalankan peranan masing-masing.  Orang macam saya yang berat mulut nak tawar menawar ni perlukan sokongan dan insiprasi rakan-rakan.

(3) Beli barangan secara pukal.  Macam topi tu kalau harga biasa atau beli satu RM 35.  Sebab beli pukal boleh dapat dalam RM 8 je satu.  Di kedai ni kami guna satu lagi strategi iaitu AFFILIATION.

Macamana nak guna strategi ni? Contohnya “ooo abang dari Melaka ke.. sama lah saya” atau “anak kita sama sekolah lah!”.   Puji pembekal juga boleh dimasukkan dalam kategori ini.  “Adik lawa la hari ni..”.  Strategi puji ni kami gunakan di sini.. Lawa jugak la yang jual ni hehehe.. tapi tak jalan!

(4) Kemudian kami pergi beli selipar.  Barang pukal juga yang memerlukan kita beli 12 pasang.  Harga biasa dijual sehingga RM 10 ke atas.  Price tag dia RM 18++.  Harga pukal jatuh RM 4.50 sepasang!.  Di sini kami gunakan strategi “CARI SEBAB” atau “CREATE A REASON” untuk tak beli sampai 12 pasang.  Apa sebabnya? “Alaaa selipar ni tak berapa kualiti..”, “Ni kalau pakai rasa tak selesa..”, “nampak macam senang nak putuss”.

Strategi “GOOD GUY BAD GUY” juga di gunakan.. “Takpe lah..kita pergi je tempat lain..”, belakun cari gaduh (sikit je..). Hasilnya? dapat la beli 9 pasang je. Ok lah tu kan…

(5) Kasut tu guna strategi AFFILIATION juga.  Salah seorang dari ahli kumpulan, Tuan Wan Abdullah (kiri sekali di dalam gambar) pernah pergi kedai ni.  So instead of kena beli 5 pasang, dapat beli 3 pasang je.  Kasut tu dapat beli dengan harga RM 18-20++ dan harga pasaran adalah dalam RM 70!

(6) Beli gula-gula hack pun nak nego juga hehe.. beli banyak dapat harga lebih menarik.

(7) Susu HiGoat dengan minyak urut tu tak negotiatesangat sebab dah tak cukup masa.  Tapi mintak je diskaun..dapat pun.  Kalau tak mintak sure tak dapat.

Amacam? boleh la praktikan serba sedikit ilmu tawar menawar atau negotiation skills ni.. Selamat maju jaya dalam apa juga bidang yang kita ceburi!

Niche Market

Kenali niche market!

Bisnes tanpa passion atau minat yang tinggi  selalunya tak bertahan lama. Tetapi passion sahaja tidak mencukupi jika kurang permintaan terhadap produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan. Adakah passion dan permintaan yang tinggi sudah mencukupi untuk kita berjaya dalam bisnes yang dijalankan?

BELUM LAGI! Kenapa? Kita pasti tahu bahawa dunia bisnes adalah dunia yang mencabar! Anda pasti tercabar denganPERSAINGAN yang cukup hebat pada hari ini.  semua orang mahu berniaga. Tak kira apa sebabnya.

Semakin Tinggi Permintaan, Semakin Tinggi Persaingan

Semakin tinggi permintaan, semakin tinggi juga persaingan.  Apa tak nya, bila ada satu produk trending di pasaran, ramai akan cuba keluarkan produk yang sama. Contoh, ada kecantikan pemutih kulit yang dikeluarkan oleh satu jenama meningkat popular, yang lain juga akan join trend tersebut.

Kita tidak boleh bertindak terburu-buru dalam menjalankan bisnes. Memang betul ,fast action, fast result. Tetapi perancangan yang teliti juga adalah perlu.

Mencari ilmu berkaitan bisnes terlebih dahulu juga penting. Kita tidak boleh nafikan tentang persaingan. Persaingan adalah baik untuk industri. Kita juga tidak boleh nafikan bahawa antara matlamat menjalankan bisnes adalah untuk mencari keuntungan. Jadi, kita perlu bijak untuk menjalankan bisnes yang mempunyai persaingan yang agak kurang.

Adalah kurang  bijak untuk membuka kedai runcit bersebelahan dengan pasaraya terkemuka! Bagaimana hendak menjalankan bisnes dengan persaingan yang rendah? Kita perlu pilih perniagaan yang “niche” dalam pasaran! Ya betul, pasaran niche atau niche market!

Kenali Niche Market

Apa itu niche market ? Niche market adalah pasaran yang mempunyai fokus tertentu. Ia juga adalah pasaran yang tertumpu atau mempunyai sasaran tertentu.

Produk dan perkhidmatan juga adalah unik dan tiada orang lain terfikir atau berani untuk menjalankannya. Niche market mensasarkan produk atau perkhidmatan yang tidak dipasarkan oleh pembekal atau pengeluar yang mainstream.

Ini bermakna kita boleh mengelakkan persaingan dengan pengeluar, pembekal atau syarikat yang besar dipasaran.  Kita boleh boleh menjalankan perniagaan yang agak niche dengan mengecilkan skop.

Analogi bagi niche market adalah seperti mensasarkan ikan yang besar dalam kolam yang kecil, bukan ikan yang kecil tetapi banyak dalam kolam yang besar

Kita boleh lihat contoh-contoh perniagaan yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang niche seperti berikut:

Kaedah Belajar

Kita nak menulis buku, tajuknya adalah “Kaedah Belajar”. Skopnya adalah sangat luas dan anda boleh dapat banyak penulis menulis tentang kaedah belajar. Kita perlu ada niche tersendiri seperti mensasarkan pelajar Universiti. Apa kata tajuk buku kita nanti adalah “Kaedah Belajar untuk Pelajar Universiti”.

Cleaning Service

Perniagaan kita nanti adalah “Cleaning Services”. Kita boleh menjalankan perniagaan yang lebih niche seperti “Blind Cleaning Service Specialist“.

Information Technology

Perniagaan berkaitan IT juga banyak ditawarkan oleh pelbagai syarikat. Tetapi perkhidmatan yang agak niche dan lebih fokus seperti “Keselamatan IT” masih lagi belum banyak diceburi.

Tuition

Perniagaan berkaitan “Tuition” juga semakin berkembang pada hari ini. “Home Tuition” adalah lebih niche.

Graphic Design

Perkhidmatan rekabentuk grafik lebih umum. Lebih niche jika kita tawarkan perkhidmatan rekabentuk logo atau rekabentuk cover buku.

Telcommunication Provider

Perkhidmatan telekomunikasi prabayar juga banyak dipasaran.  Apa kata kita pilih perkhidmatan “antara prabayar terjimat dipasaran” seperti OneXOX yang lebih niche.  Fokus adalah penjimatan.

Web Design

Perkhidmatan membuat website juga sudah banyak, perkhidmatan membina minisite atau sales letter lebih niche. Bukan buat design dan host sahaja.. tetapi bantuk mereka menulis sales letter tersebut lebih niche!

Kenapa Niche Market Boleh Kurangkan Persaingan?

Kita boleh lihat dalam contoh di atas, produk dan perkhidmatan lebih unik dan kita akan nampak lebih pakar dalam bidang perniagaan yang dijalankan.  Ia juga bertujuan untuk mengurangkan persaingan.

Pembekal atau pengeluar produk yang mainstream tidak peduli pun tentang sesuatu produk atau perkhidmatan yang dianggap kecil itu.

Manakala peniaga kecil-kecilan lain pula tidak mengetahui atau tiada kepakaran tentang produk atau perkhidmatan kita yang niche tersebut.  Kadang-kadang mereka tahu, tetapi tak minat.

Niche Market Sebenarnya Tidak Wujud!

Kita perlu tahu yang niche market atau pasaran niche ini tidak wujud!  Tetapi kitalah yang kena wujudkan niche market tersebut!  Mula berfikir diluar kotak sekarang.  Mula fikirkan apakah pasaran niche kita yang tersendiri.

Apakah yang anda boleh pasarkan tetapi kurang persaingan esok hari?  Kalau memang tidak wujud, lagi lah tak ada pesaing.

 

 

Kajian Pasaran – Bahagian 2/2: Google AdWords Keyword Planner

Kali ini kita akan buat kaji pasaran dengan Google AdWords – Google Keyword Planner.

Sebelum ini kita dah sentuh tentang kajian  pasaran bagi mengenal pasti permintaan terhadap produk dan perkhidmatan anda di Internet. Kita tahu bahawa passion sahaja tidak mencukupi jika produk atau perkhidmatan yang ditawarkan tiada permintaan.

Jadi macam mana kita hendak mengetahui tentang adanya permintaan tersebut? Jawapannya mudah. Hendak  menjalankan bisnes online atau perniagaan Internet, maka jawapanya adalah kita jalankan kajian di Internet.

Selain daripada kita melihat produk-produk popular seperti di Amazon atau pun Ebay, kita juga boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Google iaitu Google AdWords: Keyword Planner.

GOOGLE ADWORDS

Google AdWords merupakan salah satu perkhidmatan berbayar yang disediakan oleh Google bagi tujuan pengiklanan.  Senang cerita, dengan Google AdWords ini, kita boleh pilih keyword atau kata kunci tertentu di mana jika kata kunci ini di cari melalui Google search engine, keputusan carian akan memaparkan laman web yang kita iklankan.

Contohnya, jika kita search kata kunci “prepaid” melalui enjin carian Google, keputusan carian adalah seperti berikut:

Kajian Pasaran Bisnes Online

Di sini kita boleh lihat, keputusan carian memaparkan laman web penyedia perkhidmatan prepaid yang membuat pengiklanan melalui Google AdWords dipaparkan di atas sekali.  Tidakkah kita mahu laman web anda ditemui di muka hadapan sekali keputusan carian?

Atau kita tak kisah jika dipaparkan di muka yang ke dua puluh enam (26) atau entah ke lapan puluh tujuh (87)? Kita juga boleh gunakan perkhidmatan ini untuk menjalankan kajian pasaran dan permintaan di Internet.  Tools “Keyword Planner” boleh digunakan bagi tujuan ini.

GOOGLE ADWORDS: KEYWORD PLANNER

Keyword Planner pula merupakan salah satu tool yang boleh digunakan di Google Adwords.  Ia digunakan untuk mencari idea dan memilih keyword atau kata kunci yang sesuai dengan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.

Dalam masa yang sama kita juga boleh semak kata-kunci yang banyak dicari dalam enjin carian Google.  Logiknya, lagi banyak kata kunci yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan ini dicari di Google, kita pasti faham bahawa ia memang banyak permintaan!  Apa tunggu lagi.. mari kita gunakan tools dari Google ini untuk menjalankan kajian pasaran & permintaan.

google adwords

DAFTAR AKAUN GOOGLE

Google Adwords – Keyword Planner ini memerlukan akaun Google sebelum menggunakanya.  kalau kita dah ada akaun Gmail atau Google+, kita boleh menggunakan akaun dan kata laluan yang sama bagi menggunakan Google AdWords ini.

LOGIN KE GOOGLE ADWORDS

Login jika kita dah ada akaun daripada Google seperti akaun Gmail atau Google+.  Gunakan sahaja akaun yang sama di laman Google AdWords ini.

1) Search “Google Keyword Planner” di enjin carian Google atau buka terus https://adwords.google.com atau https://adwords.google.com/KeywordPlanner/ dan klik “Sign in

Keyword Planner

2) Masukkan akaun Google atau Gmail yang kita daftar sebelum ini:

3) Selepas anda klik butang “Sign in” di (1), laman berikut akan dipaparkan.  Masukkan informasi seperti di bawah.  Pada “Enter your email” tu masukkan la alamat email korang.. jangan pulak tiru sebijik kat bawah ni:

Tekan “Save and continue”

4) Laman Google AdWords akan dipaparkan seperti berikut:

PENGUNAAN GOOGLE ADWORDS: KEYWORD PLANNER

Ok sekarang kita hendak jalankan kajian permintaan pasaran & permintaan terhadap produk atau perkhidmatan yang hendak kita tawarkan.

Contoh kali ini adalah saya hendak menjalankan perniagaan berkaitan dengan telekomunikasi iaitu OneXOX. Perkhidmatan telekomunikasi prabayar terkini antara yang memberi penjimatan terhebat dalam pasaran.  Tiada iklan-iklan yang mengelirukan dan juga caj tersembunyi.

Check website ni untuk maklumat lanjut:

http://onexox.datalead.com.my

(Nota: dah down. ok nanti kita update lain..).

Adakah perkhidmatan prepaid OneXOX ini ada permintaan? Mari kita jalankan kajian melalui Google AdWords tool iaitu Keyword Planner.

1) Klik pada menu “Tools” seperti di bawah dan pilih “Keyword Planner“:

2)  Tool Keyword Planner akan dipaparkan seperti berikut:

3) Pilih dan klik “Search for new keywords or group them into ad groups

4) Isikan maklumat “Your product or services“, “Your landing page“, “Your product category“:

Pada “Your product or service” masukkan kata kunci yang hendak anda cari. Contohnya “prepaid”, “prabayar”, “sim kad”, “sim kad jimat” dan sebagainya. Kita perlu kreatif.  Luangkan masa untuk menyenaraikan kata kunci yang berkaitan.  Juga  boleh masukkan senarai pesaing-pesaing yang kita tahu dalam industri! Ini penting! Apa kata pengguna cari informasi pesaing dan website kita yang muncul! Kan ke best tuuu…

5) Masukan juga lokasi sasaran pasaran anda dan klik “Get ideas“:

6) Lihat hasilnya.. Jika kita perhatikan graf di bawah, lebih 200,000 carian berkaitan dengan industri anda dilakukan oleh pengguna Internet di Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur pada setiap bulan.  Ini bermakna menjalankan perniagaan berkaitan dengan telekomunikasi mempunyai potensi pasaran dan permintaan yang sangat tinggi!  Lihat juga kata kunci yang biasa dicari di Google search engine di bawah tab “Ad group ideas“.

7)  Lihat tab bawah graf, kalau kita klik pada tab “Keyword ideas“, graf yang khusus untuk keyword yang di pilih tadi akan dipaparkan.  Kali ini, lebih 300,000 carian dilakukan terhadap kewyord yang anda pilih pada setiap bulan!

8) Kita juga boleh lihat senarai carian pada keyword anda di bawah tab “Keyword ideas” ini:

9) Sekarang kita tengok perniagaan yang hendak kita ceburi iaitu “onexox“.  Nampaknya puratanya lebih kurang hanya 1,300 pada setiap bulan. Normal bagi penyedia perkhidmatan yang baru bertapak dalam pasaran.   Tetapi lihat grafnya betul-betul.. semakin menaik di mana pada bulan September sahaja mencecah 4,400 carian di Google search engine!

OK ini bermakna I’m on the right track! Permintaan dan minat semakin bertambah! Nak buat bisnes ni sama tak? saya dah tolong buatkan sedikit research  Pengedar diperlukan hehe..

Itulah serba sedikit kajian pasaran dan permintaan yang boleh kita lakukan dalam Google AdWords: Keyword Planner ini.  Amacam? Kan tak rugi daftar Gmail tadi.. betul tak?

Mulakan dengan menyenaraikan kata kunci atau keyword yang berkaitan dengan perniagaan anda atau industri yang anda ceburi.  Senaraikan dua pulah (20) hingga tiga puluh (30) keyword tersebut.  Jalankan kajian dengan menggunakan Google AdWords: Keyword Planner terhadap senaraikeyword anda tadi.  Lepas itu kita buat keputusan sama ada hendak teruskan perniagaan  itu atau pun bersedia mencari perniagaan lain yang lebih mempunyai banyak permintaan!

Perniagaan kita akan meletop kalau ianya adalah passion kita.. dan dalam masa yang sama kalau mempunyai permintaan yang tinggi pula, ianya lebih dua (2) kali meletop-letop!

Juga simpan keyword tersebut untuk kegunaan kita pada masa hadapan.  Kita akan sentuh penggunaan keyword ini untuk tujuan yang lain tak lama lagi!

Selamat mencuba dan selamat maju jaya!

Kajian Pasaran – Bahagian 1/2

Satu aspek yang penting dalam perniagaan adalah PERMINTAAN dan kajian pasaran adalah penting bagi tujuan ini.

Sebelum ini kita telah menyentuh bagaimana kita nak mulakan perniagaan dengan passion yang kita ada.  Secara ringkas, “passion” boleh wujud dari minat, kebolehan, kekuatan, pengetahuan dan pengalaman.  Tetapi kita juga perlu tahu, “passion” sahaja tidak mencukupi untuk menjalankan perniagaan Internet atau apa juga perniagaan jika tiada permintaan terhadap produk atau perkhidmatan berasaskan passion tersebut.

Teori Ekonomi secara Ringkas

Mari kita belajar pasal teori ekonomi secara ringkas sebelum kita buat kajian pasaran:

(a) Harga Barangan & Permintaan

Kalau semakin kurang permintaan, semakin tinggi harga barang.  Sebaliknya, semakin banyak permintaan, harga barang akan semakin berkurang.  Logiknya, harga brangan dapat dikurangkan jika ada orang beli dengan kuantiti yang banyak.

(Nota: Nanti nak kena baca pasal teori ekonomi lebih lanjut)

(b) Complements atau Subtitutes

Kenali sama ada produk/perkhidmatan kita adalah penganti (subtitutes)  atau pelengkap (complement)  terhadap barangan lain.

Kalau barang pengganti,  permintaan terhadap produk penganti akan naik jika harga barangan pengganti yang lain naik.  Contoh: Kalau harga kopi naik, orang akan beli teh pula!  Kalau Coca-cola naik harga, orang akan pilih pepsi.

Kalau complement, produk complement harganya naik, permintaan terhadap produk kita juga akan turun.  Contohnya, daging burger naik harga, roti burger juga akan join naik sama!

(c) Citarasa Pengguna

Cita rasa pengguna – kalau tengah trending tu bolehlah masuk line juga. Kalau cita rasa positif, permintaan akan meningkat. Ini semua ada kena mengena dengan emosi di mana kita sebenarnya boleh mewujudkan permintaan tanpa apa-apa sebab dengan elemen emosi.  Tapi biasanya, bisnes yang bersifat trending agak susah nak bertahan lama.

(d) Pendapatan dan Kuasa Beli Pengguna

Pendapatan atau kuasa beli pengguna – Kita boleh fikirkan perniagaan berdasarkan barang keperluan vs barang mewah.  Permintaan juga boleh berubah-ubah mengikut musim. Biasala kan.. musim hujan sure payung laku. Musim hari raya, fokuskan kepada baju dan kuih raya contohnya.

(e) Bilangan dan Polar Penduduk

Lagi ramai penduduk sesuatu kawasan, lagi banyak permintaan.  Bagi polar penduduk pula contohnya: lagi ramai remaja, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan yang mensasarkan remaja turut akan meningkat.  Contoh, fesyen semasa remaja dan gajet elektronik.

 

Kajian Pasaran – Ada ke Permintaan?

Jadi, bagaimana kita hendak mengetahui sesuatu produk atau perkhidmatan itu mempunyai permintaan yang tinggi dalam kajian pasaran? Ini amat penting sebelum kita memulakan perniagaan Internet kita…

(a) Tanya.. Malu bertanya sesat jalan!

Tanya orang disekeliling kita. Mungkin kita boleh membuat sedikit kajian permintaan dari rakan-rakan sosial media anda sama ada Facebook, Twitter, Google+, Instagram dan sebagainya.

(b) Blog, Forum dan Media Sosial

Kita boleh melayari blog, forum dan Facebook group (atau sosial media yang lain)  yang berkaitan dengan industri yang hendak kita ceburi untuk buat kajian pasaran.  Perhatikan jika ianya mendapat sambutan melalui jumlah “like” atau komen yang tinggi.  Perhatikan juga jika masih terdapat banyak engagement seperti komen terkini.

(c) Layari Laman Web E-commerce

Kita boleh melayari laman web e-commerce yang popular seperti Ebay dan Amazon.  Perhatikan jika produk tersebut mendapat permintaan yang tinggi.  Lihat pautan bagi Ebay dan Amzon bagi tujuan ini:

(d) Gunakan Tools di Internet

Gunakan kemudahan aplikasi di Internet.  Contohnya,  Google ada alat yang dipanggil “Google Keyword Planner” untuk melihat statistik terhadap carian produk dan perkhidmatan yang berkaitan.  Semakin tinggi jumlah carian, ini bermakna permintaan juga adalah tinggi!

Nanti kita tengok tool “Google Keyword Planner” ini untuk jalankan kajian pasaran dalam Bahagian 2.  Seterusnya, kita boleh menggunakan “Google Keyword Planner” ini untuk mengetahui bahawa produk atau perkhidmatan kita sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi di Internet.

 

Daftar Gmail

Daftar Gmail

Mari daftar Gmail!

Ramai daripada kita dah ada akaun email.  Pelbagai perkhidmatan email percuma mungkin telah kita daftar seperti outlook.com, yahoo.com, rocketmail.com dan sebagainya.  Walau apa juga perkhidmatan yang kita gunakan, mari daftar Gmail.

Kenapa Kena Daftar Gmail?

Dengan daftar Gmail,  kita sebenarnya telah daftar akaun Google.  Ini bermakna perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Google boleh kita gunakan.

Contoh perkhidmatan lain yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

  • Google Search – enjin carian google
  • Google Docs – membina dan mengedit pelbagai dokumen dengan pelbagai format (seperti Microsoft Office dan OpenOffice)
  • Google+ – media sosial (seperti Facebook dan Twitter)
  • Google AdWords – pengiklanan di enjin carian Google
  • Blog melalui Blogspot.com
  • dan sebagainya…

Bagaimana Nak Daftar Gmail?

1) Layari laman Gmail di http://mail.google.com

2) Klik “Create an account” dan isikan setiap ruang yang disediakan.  Juga masukkan nombor yang tertera dalam gambar kat bawah tu…

Klik check box  “I agree to the Google Terms of Service and Privacy Policy

dan

Klik button “Next Step

3) OK siap dah daftar akaun Google dan Gmail. Kini kita boleh personalized akaun dengan membina profile.  Klik “No thanks” dan kita boleh isi profile di lain hari.

4) Ok siap dah.. lepas ni kita boleh guna sebarang perkhidmatan Google, khususnya Gmail.

5) Pada bila-bila masa, buka http://mail.google.com untuk menggunakan perkhidmatan email Google:

6) Klik pautan “Sign in” dan masukkan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan:

7) Kalau pertama kali login, mesej berikut akan dipaparkan.  Klik pangkah di sebelah atas, kanan sekali:

8) Sekarang kita dah boleh menggunakan Gmail.  Kita boleh hantar dan membaca email yang diterima.  Selamat mencuba!

 

Perniagaan Internet: Nak Jual Apa?

perniagaan-internet

Nak jual apa mungkin soalan besar bagi bakal usahawan yang ingin  memulakan perniagaan Internet.   Apa agaknya perniagaan Internet yang sesuai ?  Nak jual Peti ais? Basikal? Rumah? Tukul besi?

Antara kaedah yang biasa dilakukan adalah kaedah “rasa-rasa” atau “ikut-ikut” sahaja. Nak Jual Apa?

“Rasa boleh jual benda ni… ”
“Kalau jual ni sure orang beli punya lahhh..”
“Produk ni tengah MELETOP! Kalau aku jual memang MELETOP jugak!”
Biasa buat macam ni? Saya pun pernah buat macam ni juga..

Kaedah cuba jaya kononnya.  Mungkin betul, mungkin tidak.  Mungkin menjadi, tak jadi pun tak apa.  Mungkin bisnes boleh jalan, tapi selalunya sekerat jalan. Dan pelbagai kemungkinan lagi.

Tanda kurang ilmu. Tiada guru dan juga mentor. Laburkan diri  untuk menuntut ilmu. Cari guru. Cari juga mentor yang telah terbukti telah berjaya dalam bidang mereka!

Fikirkan ini dulu!

Bagi yang nak mula berniaga, ”Nak jual apa?” berkait rapat dengan apa yang kita minat  terlebih dulu.  Macam tu kalau kita ada keistimewaan atau bakat tertentu.

Pengetahuan yang berkait rapat dengan bidang yang dipelajari sebelum ini juga boleh dijadikan perniagaan yang sesuai.  Apa lagi kalau kita juga ada pengalaman dalam sesuatu bidang:

(1) Minat/Hobi

Cuba bayangkan, hobi kita selama ini boleh jana pendapatan. Hobi bermain paintball diterjemahkan dengan membuka pusat paintball .Kita  adalah seorang pet lovers, apa kata kita buka petshop.

Fikirkan apa yang kita minati masa kanak-kanak.  Semasa  remaja.. atau kita baru jumpa sesuatu yang kita minat 2 tahun kebelakangan ini? Minat sukan? Menulis? Pendidikan? Kewangan? Memasak? Ini mungkin boleh membantu untuk kita fikir industri yang diminati.

(2) Bakat/Keistimewaan

Apa bakat atau keistimewaan kita? Katakan kita boleh menyanyi dengan merdu. Merdu ok, bukan hanya boleh “mensumbangkan” sebuah dua lagu :D.  Kita juga tahu teknik-teknik vokal.

Mungkin kita boleh mengajar teknik-teknik ini kepada ramai orang. Mungkin kita juga boleh bermain alat muzik.  Apa kata dibukukan atau videokan cara-cara bermain alat muzik tersebut.  Boleh berbicara dikhalyak dengan penuh meyakinkan?

Mungkin sesuai untuk menjalankan seminar dalam industri yang diceburi.

(3) Pengetahuan

Latar belakang pendidikan? Kita tahu 100% tentang menggunakan perisian WordPress? Kita tahu bagaimana hendak mendaftarkan trade mark? Tahu tentang pelaburan saham? Tahu membaiki telefon pintar? Pelbagai jenis perniagaan boleh dimulakan dengan pengetahuan seperti ini.

(4) Pengalaman

Fikirkan juga apa kerja kita sebelum ini? Atau kerja kita sekarang? Pengetahuan disokong dengan pengalaman yang luas juga boleh diterjemahkan menjadi perniagaan yang berjaya.

nak jual apa ya

 

Passion

APAKAH “PASSION” KITA? Ini adalah sangat penting.  Apa yang kita “passionate” untuk buat mungkin apa yang kita sedang buat untuk masa ni.

Passion kita mungkin juga apa yang  diminati, kebolehan, kekuatan, pengetahuan dan pengalaman yang kita ada!  Nak jual apa? Jual apa passion kita!

Nak Jual Apa? Kenali “Passion” Kita

Passion kita akan menentukan berapa jauh dan berapa lama perniagaan yang akan dijalankan!

Kita tahu perkara tersebut adalah “passion” kita kalau:

  • Kita akan lakukan juga walau pun tidak mendapat bayaran yang berpatutan
  • Kita tak kisah kalau terpaksa postpone makan dan minum  untuk melakukan perkara tersebut
  • Kita katakan begini: “I’ll do what ever it takes to achieve my goal!

Seterusnya, kita boleh memulakan perniagaan jika produk atau perkhidmatan yang hendak kita tawarkan boleh:

  • Menyelesaikan masalah ramai orang; dan
  • Memberi “add-value” atau menambah nilai kepada orang lain.

Pastikan juga ini adalah matlamat utama kita untuk berniaga. Bukan untuk menjadi kaya-raya atau menjadi jutawan semata-semata! Kenali passion kita. Tetapkan juga matlamat perniagaan.

Kita mungkin boleh memulakan perniagaan tidak lama lagi!  Apa juga jenis perniagaan yang hendak kita mulakan, tiada alasan untuk tidak menjadikan Internet sebagai salah satu medium perniagaan atau kita akan ketinggalan.

Moga persoalan nak jual apa terjawab serba sedikit.  Selamat maju jaya!

Potensi Perniagaan Internet / Bisnes Online

Pernahkah tuan/puan mengalami situasi ini? Satu hari kita dapat idea nak jalankan perniagaan secara online, buat bisnes online, perniagaan Internet …

“Oh ya.. aku nak start jual produk kecantikan secara online. Produk “JelitaAlami” (bukan nama produk sebenar) ni memang terbukti meningkatkan kecantikan 100 kali ganda. Terbaik dari ladang!”

Kita pun buka laman search engine Google.

“Alamak.. ada orang ni dah jual… orang tu pon dah jual dan orang sebelah sana… dia punya followers.. fuyooooooooo!”

Tentu kita terfikir,

“Ada lagi ke orang nak beli dari aku..”

“Ada peluang lagi ke bisnes online aku ni …”

Secara jujur, saya pun mengalami situasi begini. Sembang-sembang bersama rakan-rakan pun sama juga.. Idea hebat, bernas, berkualiti dan macam-macam “ber” lagi.

Sentiasa amalkan pepatah omputeh ini:

“SWSWSWN: SOME WILL, SOME WON’T, SO WHAT? NEXT …”

Pesanan mentor itu ada benarnya. Kenapa? Cuba kita lihat fakta berikut…

Menurut Laporan Eknomi Kementerian Kewangan bagi tahun 2013/2014:

(1) Pengguna Internet di Malaysia telah berkembang dari 18 juta pada tahun 2012 dan dijangka mencecah 25 juta orang pada tahun 2015;

(2) Pengguna telefon mudah alih kini terdapat 42.6 juta langanan;

(3) Saiz urusniaga dunia online di Malaysia telah berkembang dari RM 1.8 bilion dan dijangka mencecah nilai RM 5 bilion pada tahun 2014; dan

(4) Statistik urusniaga Internet atau pun bisnes online pula menunjukkan bilangan pembeli adalah berkali ganda melebihi penjual..

Saiz pasaran sebesar ini menunjukkan peluang adalah terbuka luas untuk kita semua. Itu belum lagi jika kita berani bertindak luar biasa untuk menakluk pasaran antarabangsa.  Kita perlu tahu bahawa 40 peratus dari kira-kira 7 billion penduduk dunia ini mempunyai sambungan ke Internet. Ya 40 %, sekitar 2.9 billion!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Bisnes Online mungkin mengubah hidup kita.. Oh ya.. jangan lupa penuhkan ilmu di dada terlebih dahulu!