SEO Analyzer Tool: Dah OK ke belum?

Kali ni kita nak buat analisis dengan menggunakan SEO Analyzer Tool.  Dah cukup friendly belum website kita dengan search engine Google.  Kalau ingat sebelum ni kita dah buat search engine friendly post dengan bantuan Yoast.  Kita gunakan Yoast untuk analisis keseluruhan on-page SEO kita.  Kita juga boleh gunakan tool lain untuk lihat lebih jelas status SEO website kita.

Apa SEO Analyzer Tool yang ada?

Banyak.

Kita boleh google seo analyzer, seo audit, seo checker dan sebagainya.  Ni beberapa contoh:

(1) Check your website’s SEO oleh Neil Patel: https://neilpatel.com/seo-analyzer/

(2) Web Page Analyzer Free Tool for SEO: http://www.seowebpageanalyzer.com/

(3) Website Review Tool & SEO Checker: https://www.woorank.com/

Dan lain-lain lagi.  Untuk contoh kali ini, kita gunakan tool yang disediakan oleh Neil Patel.

Check your website’s SEO

Macamana nak guna?

(1) Buka URL untuk access SEO analyzer tool 

Kita buka je URL ni untuk access SEO analyzer tool ni

Klik sini –> https://neilpatel.com/seo-analyzer/

SEO Analyzer Tool

(2) Masukkan alamat URL untuk di analisis  

Kemudian masukkan je apa alamat URL website, page atau post yang nak kita audit.

Dalam contoh ni kita nak tengok website https://daftartrademark.com, website landing page untuk perkhidmatan Daftar Trademark di Malaysia dan Indonesia.

Masukkan alamat “daftartrademark.com” dan Tekan butang “ANALYZE WEBSITE”.

(3) Analisis tool sedang bekerja

Tunggu kejap sementara tool ini bekerja untuk analisis website kita.

(4) Keputusan analisis

OK siap! Kita boleh tengok status SEO website kita ni:

OK kita dapat ON-PAGE SEO SCORE sebanyak 82.  Great!  Nampak? kita gunakan Yoast yang free ni pon boleh dapat result yang bagus.

(5) Status health check, critical errors, warning & recommendations

Scroll sedikit SEO Analyzer tool ni untuk lihat status yang lain.

Di sini kita dapat ada 38 critical errors yang boleh diperbaiki.  Agak teknikal katanya.   Klik “View All” untuk lihat keseluruhan status di bawah CRITICAL ERRORS, WARNINGS dan RECOMMENDATIONS.

(6) Kelajuan website

Info lain yang kita boleh dapat dari SEO Analyzer tool ini adalah kelajuan website kita.  Kita tahu kalau website perlahan dan loading lama boleh buat orang malas nak tunggu.  Mereka terus pindah pi website lain:

Ini kita perlu semak dengan website developer kita untuk buatkan ianya lebih laju.  Mungkin boleh perbaiki coding, tukar web hosting yang lebih baik dan guna Content Delivery Network atau CDN.

(7) Isu-isu on-page SEO yang boleh diperbaiki

Kita boleh scroll lagi kebawah dan nampak isu-isu berkaitan on-page SEO yang boleh kita perbaiki.  Ni ada isu seperti ketiadaan fail “sitemap.xml” yang diperlukan pada website, beberapa posting dengan word count yang rendah dan  duplicate meta descriptions.

 

Kemudian boleh kita klik “What is this and how to fix it?” untuk ketahui lebih detail apa isu yang ada dan bagaimana kita boleh perbaiki:

Sekian sahaja penerangan ringkas tentang bagaimana kita boleh buat semakan, analisis atau audit on-page SEO website kita ni.  Senang je kan.   hanya dengan access website yang diberikan dan masukkan alamat URL yang kita nak semak.  Moga kita berjumpa di lain masa dan selamat maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *