SEO friendly posting with Yoast

Kali ni kita nak borak pasal SEO friendly posting with Yoast.  Kesinambungan posting tentang  8 Tips menulis artikel mesra SEO.  Kita akan lihat kembali posting tersebut sebagai contoh.  Kita review posting ni dengan plugin Yoast yang kita pasang pada WordPress sebelum ini.

Pemasangan dan Penggunaan Plugin Yoast

Dalam topik SEO friendly posting with Yoast ini kita perlu pastikan kita dah pasang plugin Yoast pada WordPress.  Pastikan juga dah tau serba sedikit bagaimana nak guna.

Lihat kedua-dua posting ini untuk pemasangan plugin Yoast pada WordPress:

Sekarang kita tengok apa yang perlu atau telah kita buat pada artikel “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO” ini satu-persatu.

Mana nak tengok Yoast SEO ni?

Seperti biasa, kita boleh edit posting tersebut.  Lihat posting ni kalau lupa macam mana nak buat atau edit posting baru: Cara Guna WordPress.

Ini pula kalau kita nak buat atau edit page: Beza Post vs Page.

Lepas kita buka post atau page ni, kita scroll ke bawah sampai jumpa “Yoast SEO“.  Kat sini kita nak pastikan artikel kita ni mesra SEO.  Kita akan analisis posting dengan plugin ni.

Sekarang apa nak kita buat? Dengan keyphrase yang kita pilih “Menulis Artikel Mesra SEO“, teruskan membaca …

(1) Tajuk

Posting kita perlu ada tajuk.  Dalam SEO friendly posting with Yoast ni kita perlu check tajuk yang kita berikan.

Pastikan tajuk yang kita buat mempunyai keyphrase yang kita pilih sebelum ini.  Tajuk posting yang kita buat sebelum ini: “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO”.  Jadi keyphrase “menulis artikel mesra SEO” dah ada dalam ni..

(2) Permalink

Pastikan Permalink atau pun alamat URL posting mempunyai keyphrase yang kita pilih.  Nak senang, kita gunakan keyphrase ni sebagai permalink:

 

(3) Focus Keyphrase

Sekarang scroll ke bawah sampai kita jumpa Yoast SEO.

Ingat tentang keyword research? Kat sini la kita bubuh apa keyword atau keyphrase yang kita dah pilih sebelum ini.  Sebelum ni kita pilih keyphrase “Menulis artikel mesra SEO”.  So kita letak kat sini:

Dalam artikel SEO friendly posting with Yoast kali ini, kita nak tekankan kalau kita tak letak sebarang keyphrase kat sini, Yoast tak boleh analisis posting kita sama ada mesra SEO atau tak.  Nanti dia keluar macam ni:

(4) Snippet

Kemudian kita edit snippet dengan klik butang “Edit Snippet”:

Masukkan apa yang kita nak Google paparkan dalam search result dalam petak “Meta descrioption“:

Kita tengok atas dia ada “Snippet Preview“.  Inilah akan dipaparkan dalam Google search engine nanti:

(5) SEO Analysis

OK scroll bawah sikit dan kita akan nampak “SEO Analysis”.  Warna hijau.  Maknanya bangusss!

Inilah target kita.  Untuk dapatkan SEO analysis yang bagus.  Klik “v” kat ujung tu untuk lihat keseluruhan analisis SEO pada posting yang kita tulis.  Ini contoh keputusan analisis pada artikel “8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO”:

Kita lihat secara keseluruhan status adalah bagus, berwarna hijau.  Ada 2 perkara berwarna oren yang bermaksud boleh diperbaiki lagi.   Untuk dapat status good ni kita tak perlu kesemuanya hijau.  Walau macam tu, kalau dapat semua lagi bagus!

OK kat sini ada dua perkara perlukan improvements.  Ini berkaitan dengan perkara no (1) Tajuk.  Kat sini Yoast SEO ni kata keyphrase yang kita pakai sebaik-baiknya diletakkan di hadapan.  Mungkin tajuk kena tukar jadi “Menulis Artikel Mesra SEO dengan 8 Tips“.  Kan?

Lepas tu tajuk dia kurang panjang.  Mungkin boleh tukar jadi “Menulis Artikel Mesra SEO dengan 8 Tips Mudah yang Anda Perlu Tahu

(6) Outbound Links

Ok kita kena ada outbound links.  Iaitu link ke website lain.  Contoh pada artikel ni:

 

Kita link perkataan Yoast ni ke website dia.  Macamana nak buat? Tekan button rantai kat atas tu dan masukkan alamat website macam https://yoast.com.

(7) Internal Links

Kita kena ada internal link.  jadi kita link artikel atau posting yang dah kita tulis sebelum ni.  Contohnya kita link ke artikel Keyword Research yang kita dah tulis panjang-panjang hari tu 😀

(8) Keyphrase in introduction

Kita masukkan keyphrase dalam introduction.  Pastikan ayat pertama ada keyphrase yang kita pilih:

(9) Keyphrase Length

Panjang keyphrase sesuai tak? Ingat lagi keyword research yang kita buat hari tu? Long tail keyword tu?  Ok dah sesuai dah.

(10) Keyphrase Density

Yoast jumpa 6 kali.  Sesuai untuk 0.5% ke 3%.  Tulis dulu lah kan.  Kalau kurang kita tambah mana-mana.  Kalau lebih warna jadi merah kita kurangkan.

(11) Keyphrase in meta description

Ni masa kita edit snippet tadi.  Since dah ada.. warna hijau.  Ok lah tu kan..  Rujuk balik item no (4) di atas.  Perlu pastikan keyphrase yang kita pilih ada dalam meta description masa kita edit snippet.

(12) Meta description length

Ni masa kita edit snippet.  Tengok balik item no (4) Snippet  kat atas.  Masa edit tu ada bar warna hijau kat bawah tu maknanya OK.  Kalau warna oren kena panjang kan atau kurangkan sedikit.  Adjust sampai warna hijau.

(13) Previously used keyphrase

Yoast SEO akan check sama ada kita pernah guna keyword yang sama sebelum ini.  Jadi pastikan kita guna keyword atau keyphrase yang belum pernah kita gunakan pada posting lain di website kita.

(14) Keyphrase in subheadings

Kita juga kena gunakan keyword/keyphrase yang kita pilih dalam sub-tajuk.  Yoast SEO juga akan beri tahu kalau kita belum buat atau masih kurang.

(15) Image alt attribute

Ha yang ni kita kena set masa kita upload feature image untuk posting kita.  Tengok tepi sebelah kanan, bahagian bawah.

Ni kalau kita belum letak sebarang image:

Kalau dah upload atau guna imej yang sedia ada, pastikan kita set “image alt” dengan keyphrase tadi:

Image yang dimasukkan ke dalam kandung posting juga boleh gunakan langkah yang sama.  Satu lagi yang agak penting, nama fail gambar yang hendak kita upload juga lebih afdhol kalau kita gunakan keyphrase yang kita pilih.

(15) Text length

OK, kita kena tulis sekurang-kurangnya 300 patah perkataan.  Hijau? dah lebih la tu kan.  Tapi macam mana kita nak tahu dah tulis berapa patah perkataan?  Cuba semak kat seblah kiri bawah:

(16)  Keyphrase in slug

Keyphrase in slug ni merujuk kepada permalink yang kita set sebelum ini.  Ianya secara automatik di set masa kita edit snippet di no (4).  So kalau ada isu, kita boleh edit kat sini atau edit permalink dia seperti di no (2) kat atas.

Penutup

Kali ini kita gunakan Yoast plugin untuk pastikan posting yang kita tulis adalah SEO friendly.  Plugin WordPress ini kita gunakan untuk analisis dan seterusnya perbaiki apa yang boleh jadikan posting kita mesra SEO.

Plugin percuma ini boleh kita gunakan untuk satu keyword/keyphrase bagi setiap posting.  Boleh dapatkan subscription premium untuk lebih feature dan kemudahan lain.  Sehingga berjumpa lagi, selamat maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *