8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO

Menulis artikel mesra SEO penting untuk mudahkan  ianya keluar di muka terawal bila orang Google.  Kita perlu sasarkan sekurang-kurangnya website kita berada pada tiga muka terawal hasil Google!  Kalau dapat muka pertama lagi awesome.

Artikel mesra SEO (SEO friendly article) ini boleh digunakan untuk sebarang bentuk penerbitan online seperti maklumat syarikat, produk atau perkhidmatan di website.  Juga sesuai untuk semua jenis blog post, landing page, iklan dan sebagainya.

Kenapa kita perlu menulis SEO friendly article?

Ia bertujuan untuk kita optimumkan artikel atau posting yang kita tulis agar memudahkan Google berikan rank yang baik.  Bila dapat rank yang baik,  carian Google akan memaparkan website kita di muka pertama  hasil carian!

Pemilihan Keyword sebelum menulis artikel mesra SEO

Secara ringkas, kita perlukan keyword untuk artikel kita dengan langkah berikut:

Brainstrom apa keyword yang sesuai

Sebelum kita menulis artikel mesra SEO, kita perlu cari keyword atau key phrase yang akan digunakan.  Boleh brainstorm keyword yang berkaitan dengan industri kita.  Senaraikan satu persatu.

Kumpulkan keyword yang berkaitan dengan Google

Boleh gunakan Google search engine untuk kumpulkan keyword yang berkaitan.  Google akan cadangkan keyword  lain yang boleh kita digunakan.

Gunakan Keywords Everywhere

Gunakan Keywords Everywhere untuk lihat keyword difficulty, CPC dan search volume.    Pilih long tail keyword dan yang tidak mempunyai persaingan tinggi.   Ini penting bagi newbie macam kita ni.  Kalau tak nanti kita bersaing dengan brand yang lebih established.  Dan seterusnya buat website kita keluar ntah page Google ke berapa.

Gunakan Google Trends

Kemudian kita gunakan Google Trends untuk lihat trend carian yang keyword yang kita mahu gunakan.  Trend ni biasanya boleh sepanjang tahun atau mungkin hanya tinggi bagi musim tertentu.

Mari menulis artikel mesra SEO

Selepas kita buat SEO keyword research dan pilih keyword yang sesuai, mari kita menulis artikel mesra SEO.   Kita tengok apa yang kita perlukan satu persatu:

(1) Fikir apa yang mahu ditulis

Fikirkan apa yang mahu kita sampaikan kepada pembaca.  Apa yang kita mahukan? Apa persoalan/permasalahan yang mahu kita selesaikan?   Apa tujuan artikel kita? Apa yang kita nak pembaca buat selepas membaca?

Tuliskan jawapan kepada persoalan di atas.

(2) Strukturkan artikel

Kita perlu susun artikel dengan kemas.  Kita perlu ada sekurang-kurangnya:

(a) Pengenalan (introduction) kepada topik yang mahu kita tulis;
(b) Body atau kandungan; dan
(c) Kesimpulan atau ringkasan idea penulisan kita.

Sekarang kita tulis rangka dan point-point penting untuk ketiga-tiga pengenalan, kandungan dan kesimpulan ini.

(3) Gunakan perenggan 

Gunakan perenggan (paragraph) yang sesuai.  Bukan mulakan setiap ayat dengan perenggan baru untuk kelihatan menarik sahaja.  Setiap perenggan ini perlu ada idea atau topik yang dibincangkan.  Masukkan keyword yang kita pilih dalam beberapa perenggan.

(4) Guna kombinasi ayat pendek dan panjang

Gunakan ayat-ayat pendek untuk mudah dibaca.  Kemudian diselang seli dengan ayat yang lebih panjang untuk elakkan penulisan jadi agak mendatar dan bosan.

(5) Gunakan tajuk / sub-tajuk

Kita juga perlu gunakan tajuk / sub-tajuk (atau headings) berdasarkan idea yang kita tulis.   Headings ini penting untuk memudahkan pembaca mengetahui idea atau topik yang ditulis dengan lebih pantas.

Heading juga bagus bagi memudahkan kerja memberi ranking SEO oleh search engine.  Masukkan juga keyword yang kita pilih dalam satu dua tajuk/sub-tajuk yang bersesuaian.

(6) Keyword density

Jadi berapa banyak keyword yang perlu kita masukkan dalam artikel?  Yoast mencadangkan keyword densiti antara 0.5% ke 3%.  Jangan masukkan keyword secara berlebihan! Ini akan sebabkan penalti oleh Google dan buat SEO website kita bermasalah.

Lihat berapa banyak keyword “menulis artikel mesra SEO” dalam artikel ini dah dimana ianya ditulis.

(7) Panjang penulisan

Tulis sekurang-kurangnya 300 patah perkataan.  Lagi panjang lagi bagus.  Google memang sukakan artikel yang panjang.  Cuma agak-agak sedikit di mana tak ramai orang suka baca artikel panjang-panjang.

(8) Simpan, semak dan baru publish

Seterusnya kita boleh simpan terlebih dahulu artikel yang kita tulis.  Jangan publish dahulu.   Kenapa? Kita kena baca kembali artikel yang kita tulis setelah beberapa hari.  Paling kurang, tutup dulu dan buat kerja lain.  Kita akan dapat idea tambahan tentang artikel yang mahu kita tulis.  Kita juga boleh semak kembali dan restruktur idea-idea kita.  Semak kembali ayat yang kita tulis.

Dapatkan feedback dari beberapa rakan tentang penulisan kita.  Sebab tu dalam bidang penerbitan ini selalunya kita ada penulis dan editor 😀

Whats next?

Sekarang kita dah pilih keyword yang sesuai.  Kita juga dah tulis artikel lebih 300 perkataan dengan meletakkan keyword diperenggan dan tajuk yang sepatutnya.  Kita dah semak dan paksa kawan baca artikel kita.  Apa seterusnya?

Ok kita boleh gunakan kemudahan Yoast plugin yang kita pasang.  Gunakan untuk semak status SEO pada artikel yang kita tulis.  Sudah mesra SEO belum?  Bagaimana? Kita jumpa lagi dalam posting berikutnya iaitu Membina SEO friendly postings with Yoast.  Selamat maju jaya!

Kredit imej : 

https://www.freepik.com/free-photo/happy-friends-raising-their-hands-outdoors_2751576.htm#page=1&query=friendly&position=42

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *