Emotional Marketing

Mari kita belajar serba sedikit tentang emotional marketing.  Kalau iklan tak jalan memang rasa nak emo kan 😀  Kita belajar macamana kesan emosi boleh digunakan.  Kemudian apply dalam mesej pemasaran dan pengiklanan.  Boleh juga masukkan dalam copywriting.

Apa itu emotional marketing?

Ia satu kaedah pemasaran dan pengiklanan yang menggunakan faktor emosi.  Ia bertujuan menarik perhatian pengguna.  Membuat mereka ingat, kongsikan dengan orang lain dan yang paling penting, membeli!

Dengan emotional marketing, ia berupaya menjentik emosi manusia dengan idea gembira, sedih, takut atau marah untuk mendapatkan tindak balas.

Kenapa emotional marketing itu penting?

Berdasarkan research, banyak orang buat keputusan berdasarkan emosi.  Ada kajian yang mengatakan 31% pengguna membuat keputusan dengan emosi berbanding 16% melalui maklumat atau informasi yang terkandung dalam iklan.

Kesan emosi membuat pengguna bertindak

Kesan emotional marketing akan membuat pengguna segera bertindak.  Mari kita lihat apa kesan emosi yang boleh digunakan dalam pemasaran dan pengiklanan:

(1) Kegembiraan

Faktor emosi gembira akan buat orang share!

Bak kata pepatah orang putih ” If bad news sells, then good news travels fast“.   Berita baik atau good news dan kandungan atau content yang positif lebih cepat tersebar di media sosial,  Ia akan menambahkan brand awareness kepada perniagaan kita.

Ni contoh mesej pemasaran Coco Cola dulu:

Ada rasa nak share tak?

(2) Kesedihan

Kesedihan boleh membuat orang untuk berasa empati dan connect.

Kesedihan boleh membuat orang bertindak bagi pihak orang lain.  Ia membuat kita untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan.  Contoh, kempen tidak menggunakan plastik bagi menyelamatkan alam sekitar.

(3) Ketakutan. 

Ketakutan boleh membuat kita berpegang kepada apa yang sedia ada / comfort.

Ada kajian menyatakan ianya boleh meningkatkan brand loyalty.  Takut kepada ketidak tentuan produk atau perkhidmatan lain.

Ia juga boleh membuat pengguna bertindak dalam industri tertentu seperti insuran dan takaful.  Juga industri keselamatan (fizikal atau dalam bidang IT)

Faktor fear kepada scarcity juga boleh digunakan untuk membuat orang cepat bertindak.  Contoh: Barang tinggal 10 unit sahaja.  Diskaun untuk 10 orang pertama saja.  Sampai jam 12 saja dan sebagainya.

(4) Kemarahan.

Kemarhan boleh buat orang viralkan sesuatu.

Sama seperti kegembiraan, ia juga boleh membuat ianya cepat viral.  Kemarahan terhadap sesuatu isu boleh digunakan, tetapi use with care!   Contohnya ia boleh digunakan bagi tujuan politik dan alam sekitar.   Buat orang rally untuk sesuatu tujuan.

(5) Kepuasan segera (instant gratification).

Ini banyak digunakan dalam CTA. Call To Action.  Contoh: Tempah sekarang untuk penghantaran keesokan hari.  Beli hari ini dan dapatkan diskaun 50%.  Tawaran-tawaran menarik boleh kita fikirkan untuk kepuasan segera dalam emotional marketing ni.

(6) Kepercayaan

Apa lagi kita nak kalau pelanggan dah percaya kan?  Jadi macam mana nak buat orang percaya?  Testimoni adalah salah satu cara.  Kemudian kita berikan jaminan, jaminan 100% kembalikan wang kalau berani.   Free trial juga salah satu kaedah kita boleh buat.

Kemudian kita boleh letak gambar kita bersama mesej pemasaran.  Ini juga boleh kita aplikasikan bersama dengan testimoni tadi.  Tok guru saya kata, letak gambar boleh buat orang 4 kali lebih percaya

Apa kita nak buat?

Banyak lagi faktor emotional marketing yang boleh kita gunakan.  Contohnya rasa bersalah, kesyukuran, belonging, leadership, kebangaan dan lain-lain.

Faktor emosi yang digunakan perlulah mengikut kesesuaian.  Bukan main pukul rata kita gunakan kesemuanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *