Teknik Copywriting Warren Buffet yang Perlu Kita Tiru

Posting kali ini akan sentuh tentang teknik copywriting Warren Buffet.   Siri idea teknik copywriting di blog ini boleh dirujuk di sini.

Siapa tak kenal Warren Edward Buffett? Antara orang terkaya di dunia.  Investor, businessman, speaker, philanthropist dan CEO Berkshire Hathaway.  Net worth beliau sekitar USD 85.5 billion (2019).

Nak tahu tak? Sebenarnya dia ni sebenarnya sangat hebat dalam copywriting. Skill copywriting digunakan dalam marketing dan annual report syarikat.

Rahsia Teknik Copywriting

Apa rahsia copywriting Warren Buffet?

Tak ada rahsia pun. Dia sebenarnya tidak menulis! Apa maksudnya?

“When writing, I’m pretend to talk to my sister. I just begin with Dear Doris

Kunci utama teknik copywriting beliau – menggunakan bahasa percakapan dan bukan bahasa penulisan.

Bahasa Menulis vs Bahasa Percakapan

Asas utama untuk sales copywriting adalah kita gunakan bahasa percakapan.  Bahasa macam kita bercakap seharian.

Kita ni dah dilatih dari kecil, tulis ayat terlalu formal.  Bila duduk depan komputer atau menulis, secara automatik ayat jadi ayat buku.

Beza kan bila kita cakap dengan menulis.  Bahasa bercakap biasanya lebih direct. Dan ini sebenarnya lebih sesuai untuk menjual.

Tetapi jangan silap faham.  Bukan tak boleh guna bahasa melayu aras tinggi, tetapi tukar ayat menulis kepada ayat percakapan.

Jadi macam mana nak buat?

(1) Sila bercakap dengan manusia

Masa nak menulis teknik copywriting cara ini,  sila bayangkan kita ni sedang bercakap dengan orang lain.

OK contoh macam ni.  Kalau kita tengok Apple terangkan pasal produk iPhone, ayat dia memang macam cakap dengan kita.  Mari tengok:

“So you can browse, download and stream content at a remarkable speeds”

Dia tak gunakan copywriting macam ni:

“This iPhone can be used to browse, download and stream content at a remarkable speeds”

Nampak tak?

(2) Ayat simple dan pendek

Kita guna ayat yang simple dan pendek.  Lagi panjang lagi boleh buat orang confuse.  Boleh guna satu perkataan sahaja!

Tak percaya? Tengok ni:

“Macam mana rasa? Selesa.”

“Siapa yang untung? Semua!”

(3) Apa lagi boleh buat?

Kita guna ayat yang dulu cikgu tak bagi guna 😀  Contoh, mula ayat dengan “DAN” , “DENGAN” atau “TAPI”:

“Kek yang sedap. DAN menyelerakan!”

“Terbaru dipasaran. DENGAN 100% jaminan

“Keluaran istimewa dan mewah.
TETAPI didatangkan dengan harga yang perpatutan.”

Ini contoh je.. mungkin boleh buat ayat yang lebih hebat dan lebih sesuai.

Tips menulis teknik  Copywriting Warren Buffet

Memang betul.  Dah biasa menulis style tulis buku memang susah.  Jadi apa kata kita tulis macam biasa.  Lepas tu kita edit ikut teknik copywriting bahasa percakapan ni.

Kita pendekkan ayat.  Kita jadikan lebih simple dan santai.

Mudah-mudahan orang yang baca rasa macam dia bercakap dengan kita.  Rasa lebih santai. Dan yang penting, rasa nak beli.

Kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *