Penggunaan Yoast SEO dengan WordPress

Mari tengok  penggunaan Yoast SEO ni lepas kita pasang.  Kita tengok macam mana plugin ini memudahkan kita untuk optimumkan website kita supaya mesra dengan Search engine Google.  Supaya bila kita search keyword yang kita pilih, nanti website kita ada di 5 muka pertama result carian.

Cuba ikut langkah-langkah ni untuk kita study macamana plugin Yoast SEO ni digunakan dan bagaimana dia berfungsi:

(1) Login ke Dashboard seperti biasa

(2) Klik menu “All Posts” di sebelah kiri Dashboard

Pilih posting yang mahu kita optimumkan supaya mesra search engine:

 

Posting akan dibuka seperti berikut:

Perhatikan gambar di atas, sekarang fungsi Yoast SEO ini telah kita berjaya aktifkan.

Nota: posting ni boleh dilihat di https://www.terlolapmato.com/2019/01/24/posting-ke-dua/

Di atas sekali kita lihat ada logo Yoast dan bulatan kecil berwarna kelabu, ini bermakna kita belum buat sebarang konfigurasi pada posting ini.

Lihat juga sebelah kanan dengan status Readability : OK yang bermakna posting kita ini senang untuk dibaca.

Seterusnya SEO: Not Available yang menujukkan yang kita belum lakukan sebarang SEO pada posting ini.

(3) Scroll ke bawah hingga ke bahagian Yoast SEO

Nampak tak? Ni kita belum masukkan sebarang keyword yang berkaitan untuk orang search posting kita ni:

(4) OK cuba kita kita masukkan perkataan “dua” sebagai focus keyphrase

Ini bertujuan kalau ada orang cari perkataan “dua” dari Google, posting kita ini akan keluar.  Ini contoh je, macam mana nak pilih keyword atay keyphrase yang sesuai nanti kita bincang kemudian.

(5) Klik “Edit Snippet” untuk lihat cara Penggunaan Yoast SEO seterusnya

Ada dua perkara kita perlu konfigurasi di sini, pertama “Slug”  – untuk paparan URL yang akan keluar dalam Google result.

Keduanya “Meta description” untuk ayat yang akan keluar dalam search engine result.

Pastikan kedua-dua “Slug” dan “Meta description” ini ada keyword atau keyphrase yang kita pilih.

(6) Klik Readability Analysis

Bawah “Edit Snippet” tu ada “Readibility Analysis”.  Ni guna dia untuk kita lihat secara keseluruhan posting kita ni.. senang dibaca ke semak.  Kalau posting dalam english lagi senang untuk plugin ini analisa.  Kalau tak, kita kena tuka language kat WordPress kita ni.

Nampak tak penggunaan Yoast SEO ni bantu kita untuk buat analisa.  Merah tentulah tak betul atau belum ada,  warna oren tu boleh kita improve lagi.  Hijau maknanya OK lah kan:

Ni kita sendiri tau la kut, senang baca ke tak.  Kalau satu ayat satu perenggan 7-8 baris tu pening nak baca kan..  Ni pun topik menarik yang kita boleh bincang nanti.  Macamana posting senang baca, font dan saiz yang sesuai, layout perenggan dan sebagainya.

(7) Bawah sket “SEO analysis”

Kat sini lah sebenarnya keseluruhan status SEO posting kita ni.  Sama juga, warna merah tu belum kita buat, warna oren boleh improve lagi.  Warna hijau dah OK!

Tentu banyak warna merah!  Contoh artikel kita ni belum ada kedua-dua link ke luar atak ke dalam website.  Meta description pulak kita tak letak apa-apa lagi dan seterusnya…

Seterusnya kita scroll ke atas tengok balik status SEO untuk posting ini dengan fokus keyphrase “dua”:

Haa status merah dan SEO: Needs improvement.  Macam ni lah penggunaan Yoast SEO ni.  Nanti dalam posting lain kita tengok penulisan yang bagus untuk SEO ni macam mana.  Sehingga berjumpa lagi dan selamat maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *