Copywriting: Keperluan vs Kehendak

Mari kita sembang tentang copywriting lepas lama tak update blog ni.  Topik copywriting pertama adalah pasal KEPERLUAN vs KEHENDAK.

Mari kita layan..

Benar, kalau nak berniaga kita perlu tahu siapa target market produk/perkhidmatan yang kita pasarkan.  Kita juga perlu tahu apa masalah yang boleh diselesaikan.  Apa sebenarnya keperluan mereka.

Jadi, isi kandungan copywriting selalunya kita akan ‘menjual’ kepada pengguna yang mereka PERLU kepada produk/perkhidmatan ini.  Ia boleh menyelesaikan masalah mereka.

Kemudian kita akan senaraikan sebanyak mungkin ciri-ciri produk/perkhidmatan yang kita pasarkan.  Siap dengan Unique Selling Proposition (USP) sekali.  Kan?

Kita sebenarnya perlu adjust sedikit teknik seperti ini.  Teknik ‘menjual’ KEPERLUAN ada sedikit masalah.

Kenapa?

Mari kita lihat psikologi KEPERLUAN vs KEHENDAK.  Jika kita highlight KEPERLUAN, pengguna akan melihat kepada produk/perkhidmatan yang lebih MURAH!  Tetapi tidak jika kita berjaya jual KEHENDAK, kesan emosi adalah lebih kuat!

Mahu bukti?

Semak balik pesanan barangan yang kita buat di Lazada, Shopee atau yang sewaktu dengannya. Cuba lihat barangan yang kita beli selama ini.  Keperluan atau kehendak?

KEPERLUAN atau KEHENDAK?

Mahu cuci longkang yang berlumut? Kita boleh je beli cecair peluntur dan berus lantai untuk bersihkan longkang.  Ianya lebih murah!  Tetapi kita tetap mahu pilih untuk beli water jet.  Lebih mudah dan bergaya walau harganya lebih mahal.  Betul?

KEPERLUAN vs KEHENDAK nak highlight yang mana?

Beli baju adalah keperluan. Tapi beli baju branded adalah kehendak.  Betul? Setakat beli baju untuk pakai seharian di rumah kita pilih yang murah dan dapat banyak diskaun. Tetapi baju branded walau pun harganya mahal kita tetap beli.  Jadi kita nak menjual yang macam mana? Mari kita mula highlight kehendak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *