Pasang Plugin WordPress

Plugin WordPress ni apakah? OK! Kali ni kita nak cerita pasal Plugin WordPress.   Plugin ini merupakan komponen atau fungsi tambahan yang kita boleh pada sistem WordPress.

Kalau kita guna WordPress, biasalah lah kita boleh buat posting atau page dan juga tukar theme untuk kelihatan lebih menarik.  Ada juga theme yang bila kita pasang dia didatangkan sekali dengan plugin untuk tujuan tertentu.

Mari kita tengok contoh paling mudah berkenaan dengan WordPress plugin ini.  Bila kita baca posting dalam website WordPress, kita boleh komen pada posting tersebut.  Betul tak? Tengok ni..

First, kita klik posting yang nak kita baca tu..

Lepas tu kita scroll ke bawah, nampak ada satu reply default dari sistem:

Scroll lagi ke bawah sikit, kita boleh juga post apa juga komen:

Kita masukkan details seperti komen yang kita nak, nama, email dan website.  Lepas tu boleh la kita klik button “Post Comment” tu.  Tunggu la admin website approve nanti dia akan keluar lah kat bawah artikel yang kita komen tu.  Kita juga boleh set untuk auto approve.

Apa isu?

Apa isunya? Kalau sorang komen yang ntah apa-apa, boleh la kita delete.  Tapi kalau orang guna robot, tiba-tiba boleh dapat beribu komen dalam masa yang singkat.

Bagi atasi masalah macam ni, secara asal WordPress tidak punya sebarang cara untuk blok komen dari robot ni.  Jadi kita perlu la install komponen tambahan iaitu plugin tertentu.

Ok mari kita tengok macamana contoh nak install Plugin WordPress  ni.

Cara Install WordPress Plugin

Ok mari kita tengok macamana contoh nak install WordPress Plugin ni.

(1)  Login ke Dasboard

Login ke Dashboard seperti biasa dengan gunakan akaun “admin” dengan password yang kita set tu..

Cari menu “Plugins” di dasboard ni:

Bila kita klik, dia terus akan display segala plugin yang dah terpasang sebelum ni.  So kalau tak banyak tu mungkin kita masih belum pasang apa-apa.  Kan?

(2) Tekan “Add New” 

(3) Search plugin

Kita search la plugin apa yang kita nak install.  Dalam kes ni, nak beri protection pada form komen tu supaya orang tak spam.  So kita search yang related dengan “Captcha”:

(4) Pilih plugin

Kita pilih plugin apa nak install.  Scroll dan baca serba sedikit.  Dalam kes ni kita boleh pakai Google Captcha (reCAPTCHA).  Klik “Install Now” untuk terus pasang.

Kalau tengah installing nanti nampak macam ni:

(5) Activate plugin

Tekan butang “Activate” untuk aktifkan plugin.  Selagi tak activate, plugin tak jalan.

(6) Configure

Step ni pulak automatik dia pi ke sini lepas activate.  Kalau plugin lain, dia bagi instruction yang berkaitan.  Sekarang mari kita klik “Settings” tu untuk configure plugin ni.

Configure Plugin WordPress  – reCAPTCHA

(1) Dapatkan API key dari Google

Pastikan kita dah punya akaun Google.  Lepas kita klik “Settings” tadi,  settings untuk reCAPTCHA ini akan dipaparkan:

Klik “Get API Keys” macam kat atas ni.  Nanti dia akan redirect ke Google reCAPTHA.  Kalau belum login, dia akan minta untuk login terlebih dulu.  Kalau dah login ke Chrome, dia terus keluar macam ni dan kita perlu isi maklumat yang berkaitan:

Letak label yang kita nak, pilih reCAPTCHA v2 dan domain website kita. Next..

Klik “Accept the reCAPTCHA Terms of Service” dan “Submit“.  Nanti dia keluar:

(2) Copy Key dan masuk ke reCAPTCHA settings

Sekarang kita copy keys dari langkah (1) dan masuk ke settings:

Pilih “Version 2”, dan seterusnya..

Klik check box untuk enable “Comments form” seperti gambar di atas ni.  Kemudian gambar di bawah pula untuk disable reCAPTCHA untuk user group berkaitan:

Kalau kita tak hide, semua kena isi reCAPTCHA tu.  Next..

Semak semua sekali settings.. dan klik “Save Changes“.  Setel configure plugin WordPress reCAPTCHA ni!

Mari kita cuba try test..

Pastikan kita logout terlebih dulu dari dashboard ni.  Kalau tak logout tak nampak sebab kita hide masa configure tadi kan.

Ok kita buka mana-mana posting yang kita nak, dan terus scroll ke bawah:

Ha.. nampak tak? Lepas tulis komen, kita kena klik “I’m not robot” baru boleh Post Comment.  Sebelum ni takde kan? Sekarang lepas kita install dan configure, barulah dia muncul.

Kalau tak ada benda ni, mana-mana robot boleh post komen beribu-ribu lemon jenuh kita nak delete.  Sekian posting tentang  Plugin WordPress ni.  Nanti kita pasang plugin yang berkaitan dengan SEO pulak. Nak tak?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *