Cara Guna WordPress

Mari kita lihat cara guna WordPress yang kita install melalui cPanel pada posting lepas. Recap sedikit, WordPress merupakan Content Management System (CMS) yang boleh kita gunakan untuk urus website kita. Kita boleh jadikan website kita ni sebagai blog, corporate website, laman minisite atau sales letter, landing page dan seterusnya kedai online.

Hello World!

Lepas install melalui cPanel, kita terus boleh buka website kita dengan alamat domain masing-masing dengan contoh https://www.terlolapmato.com.
Nampak? Website kita dengan default posting pertama WordPress akan dipaparkan seperti berikut:

Sekarang, kita dah ada website dengan alamat domain yang kita pilih secara rasmi! Ok, kita teruskan posting kali ini untuk cara guna WordPress ni.

Login ke admin interface

Gambar kat atas ni adalah website kita.  Untuk manage content di website ni, kita kena masuk ke admin interface atau dashboard dia.   Alamat admin interface:

https://<alamat-URL-website>/wp-admin

Contoh:

https://www.terlolapmato.com/wp-admin

Sekarang kita bolehlah masukkan username dan password yang kita set masa install hari tu:

Tekan butang “Log In” to dan masuk:

Boleh set atau masukkan Privacy Policy kemudian hari.   Hari ni kita klik je “Dismiss”. Inilah admin interface atau antaramuka web yang kita akan gunakan untuk urus content website ni:

Kat sini dia ada bagi tau macam mana nak tukar rupa website kita melalui theme yang kita boleh tukar kemudian.   Untuk makluman WordPress adalah dalam bentuk blog secara default lepas kita pasang.

Kemudian, ada juga arahan macamana nak tulis content atau posting, lihat website kita, urus menu dan sebagainya.  Kita juga boleh tulis draft untuk posting di website kita.

Sebelah kiri tu kita ada banyak menu yang boleh kita browse through.  Boleh cuba-cuba untuk klik.

Hari ni kita nak mula buat posting pertama untuk website kita dalam artikel cara guna WordPress ini.

Cara lihat posting yang ada

Kita tengok menu sebelah kiri tu, klik pada “Post -> All Posts”:

Sekarang, keseluruhan posting yang ada dalam website kita akan dikeluarkan dalam bentuk table:

Ingat tak masa kita buka website tadi? Ada posting “Hello World” kat sini la content dia.  Kita boleh edit, hapus atau pun view.   Ini boleh dilakukan dengan klik link-link tu..

Buat posting atau content baru

OK, refer gambar yang sama  atas ni,   sebelah atas ada “Add New”. Cuba klik, nanti dia akan keluar halaman kita nak buat posting baru macam ni:

Sekarang kita boleh buat posting baru dengan masukkan tajuk dan isi kandungannya sekali:

Formatting

Dalam posting cara guna WordPress ni, kita boleh juga format isi kandungan yang kita nak.  Sama je macam Microsoft Word.  Kita boleh setkan font kita sebagai bold atau italicNumber, bullet, paragraph sebelah kiri, center atau pun kanan.

Kita juga boleh set kan heading dia ikut cita rasa masing-masing.  Mark dekat bahagian teks yang kita nak tukar, klik “Paragraph” kat atas tu dan tukar ikut kesesuaian:

Kita tukar kepada “Heading 1”:

Kita tukar pula untuk “Heading 2”:

Simpan Draft dan Preview

Bila-bila masa kitab oleh simoan draft yang kita tulis ni dan boleh preview:

Set Kategori

Kita juga boleh set kan kategori bagi posting yang kita tulis ni.  Ni contoh kita letak sebagai kategori “Umum” dengan klik “Add New Category”. Boleh juga bina sub-category dengan masukkan “Parent Category” yang berkaitan.  Parent Category ni kategori yang kita dah bina terlebih dahulu.

Publish

Kalau dah siap, kita boleh publish posting kita ni.   Kalau dalam bentuk Draft, hanya kita yang boleh baca dan preview.  Kalau dah publish, semua orang dah boleh baca kat website kita.  Sekarang,  klik butang “Publish” seperti gambar di atas sebelum ni.   Mesej “View Post” akan dipaparkan tanda ianya kini boleh dilihat.

Klik “View Post”:

Kita juga boleh buka website kita (Contoh: https://www.terlolapato.com) dan ia juga akan dipaparkan:

Kini siaplah posting kita yang ke-dua, sebagai tambahan dari posting asal “Hello World!’”.  Dapat tak?

Kembali ke Dashboard

Bila-bila masa kita boleh kembali ke Dashboard atau admin interface dengan klik dibahagian kiri sebelah atas dan klik “Dashboard”.   Ini kita boleh lakukan selagi kita belum “logout” dari admin interface ni.

Sekian sahaja posting berkenaan Cara Guna WordPress kali ni.  Kita jumpa lagi di posting yang lain!

Nota:

  1. Posting ini adalah sebahagian dari siri Cara Buat Website Sendiri Sambil Minum Kopi Secawan Dua 
  2. WordPress ini dipasang menggunakan cPanel dengan Web Hosting ServerFreak.

One Reply to “Cara Guna WordPress”

  1. Pretty nice post. I just stumbled upon your blog and wished to say that I have truly
    enjoyed surfing around your blog posts. In any case I will
    be subscribing to your rss feed and I hope you write again very soon!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *