Cara Pasang WordPress di cPanel

Kali ni kita nak setup WordPress untuk gunakan di web hosting yang kita langgan hari tu.  Apa WordPress ni? WordPress adalah Content Management System (CMS).  Kita boleh update content website kita dengan mudah dengan adanya CMS ni.  Nak buat posting baru, update atau hapus content sangatlah mudah.

Satu masa dulu..

Kalau nak tau, satu masa dulu masa Internet baru nak up, content kena edit dalam bentuk kod sumber HTML.  Dah buat or update, kena lah upload ke web server.  Dengan adanya CMS ni, tak payah dah fikir.  Web server pakai apa pun tak perlu nak seibuk-sibuk sangat.

Kenapa nak pakai WordPress?

Betul tu.. kenapa? Kan ada banyak CMS lain macam Joomla!, Drupal dan lain-lain lagi?  Terpulang nak pakai apa.. tapi kan,CMS ni paling mudah nak guna.  Kalau rasa tak thrill guna CMS ni boleh lah cuba yang lain.

So untuk posting kali ni, kita nak cerita macam mana nak setup WordPress di cPanel ni ya.

Step-by-step Setup WordPress di cPanel

Mari kita tengok langkah-langkah setup di cPanel ni dengan 5 langkah mudah.  Yang ni kita pakai contoh dari web hosting ServerFreak.  Kalau pakai web hosting lain, mungkin lain sikit.  Tapi tak jauh sangat lah.  Konsep dia sama je…

(1) Login ke cPanel

OK mari login seperti biasa ke interface cPanel.

https://<alamat-URL-website/cpanel

Contoh:

https://terlolapmato.com/cpanel

(2) Cari bahagian Softaculous Installer

Selepas berjaya login, terus scroll ke bahagian bawah cPanel, dari cari SOFTACULOUS APPS INSTALLER:

Install WordPress

Klik kat Softaculous Apps Installer tu.

Kadang-kadang di langkah (2) ni, terus ada gambar WordPress di bawah tajuk SOFTACULOUS APPS INSTALL ni.  Boleh terus klik icon WordPress dan skip terus ke langkah (4).

(3) Cari WordPress

Lepas klik nanti dia keluar macam ni:

Mouseover atas logo WordPress tu, nanti dia keluar macam ni:

Klik button install tu.. nanti dia keluar lah bahagian install dan apa yang kita perlu configure:

(4) Setup & Configure

Sekarang kita boleh masukkan parameter berkaitan dengan CMS  yang nak kita pasang.  Masukkan versi paling baru, contoh di sini versi 5.0.3.

Next, masukkan protocol, boleh pilih https://  (contoh untuk capai seperti https://terlolapmato.com) atau https://www untuk capaian seperti https://www.terlolapmato.com.

Kalau kita pilih https://www ni, contoh bila kita nak access https://terlolapmato.com pun dia akan redirect ke https://www.terlolapmato.com.

Untuk InDir tu biarkan kosong.  Kecuali kita nak letak path lain disitu.  Contoh kalau kita letak ver1, nanti bila nak access website, dia akan jadi https://www.terlolapmato.com/ver1.  So biarkan kosong.

Contoh:

Ok scroll bawah sikit… Masukan nama website & description dia:

Masukkan password untuk user admin dan language:

Masukkan plugin yang nak kita pasang sekali:

Limit login attempt ni nak elak hacker teka-teka password kita banyak kali.  Classic Editor ni siapa yang dah biasa guna editor ni susah nak guna editor baru.

Next, select theme.  Boleh tengok theme nak guna atau tak perlu install.  Nanti kita cerita lain hari pasal theme ni.  Theme ni akan tentukan rupa website kita lah lebih kurang.  Lawa atau huduh hehe..

Ok siap configure dah. Mari klik button Install tu..

Lepas tu klik button Install tu, dia akan terus install..

(5) Siap!

Sekarang dah siap setup  bila dapat mesej macam ni:

Sekarang boleh test!  Masuk website dengan alamat domain yang kita guna. Contoh: https://www.terlolapmato.com:

Ini pulak admin interface untuk kita manage website dan content dia.  Next posting  kita sembang macam mana nak guna WordPress.

Ini saja dulu posting cara setup di cPanel.  Sehingga berjumpa lagi di lain posting untuk cara kita guna WordPress.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *