Setup SSL

Harini kita layan macam mana nak setup SSL.  SSL ni perlu untuk  tambah tahap keselamatan website kita seperti  dalam posting lepas. Dah setup SSL ni baru lah kita boleh guna HTTPS untuk access website kita.  Bila dah guna, selamatlah sikit.  SIkit je tau.. nak lagi selamat lagi banyak benda kena buat.  Salah satu, upah kawan-kawan yang pakar buat security testing kat website kita.  Tengok boleh hack ke tidak.

OK kita sambung cerita macamana nak setup SSL ni…

Cara Setup SSL di cPanel

Mari kita setup SSL ni step-by-step.

(1) Login ke cPanel

Mula-mula kena login kat cPanel kita, buka browser:

http://<alamat-URL>/cpanel

Contoh:

http://terlolapmato.com/cpanel

Masukkan login & password secukup rasa dan masuk ke bagahian cPanel.

(2) Gunakan fungsi Lets Encrypt SSL

Terus scroll ke bahagian SECURITY bila  selesai login.

Nampak tak ada Lets Encrypt SSL di situ? Sila Klik.

Sekarang cPanel akan display fungsi Let Encrypt SSL untuk kita install certificate dan setup SSL pada website kita:

Kita tengok gambar kat atas ni, masa ni belum ada satu pon domain website kita yang kita dah install certificate.

(3) Issue a new certificate

Scroll bawah sikit, kita tengok ada “Issue a new certificate“:

Sekarang kita nampak ada domain kita kat situ.  Dalam kes ni, terlolapmato.com.  Apa lagi, kita klik link  +Issue kat sebelah domain kita tu.  Nanti dia keluar macam ni untuk setup SSL dan certificate tu:

Sekarang kita klik je semua tick kat Include? tu.  Guna default http-01 untuk option kat bawah tu.  Dan seterusnya klik button Issue tu..

 

Tadaaa.. siap dah kita install certificate & configure SSL.  Klik link “Go Back” untuk periksa.

(4) Semak status SSL certificate lepas Setup SSL 

Sekarang kita boleh semak SSL certificate dah dipasang dengan jayanya di website kita:

(5) Testing

Dah siap install, boleh lah kita test dengan web browser.  Masuk je alamat https://<alamat-URL> website kita.  Contoh: https://terlolapmato.com

Wohoooo dah siap kita setup SSL dan boleh guna HTTPS yang lebih selamat.  Jumpa lagi!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *