Digital Business Model bagi Menghadapi Digital Disruption

 

Sebelum kita bincang tentang dital business model, kita sedia maklum digital disruption telah menjadi satu cabaran kepada environment bisnes hari ini. Ambil tahu, rancang dan buat tindakan tentangnya bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan bisnes.

Kita orang bisnes perlu buat penilaian terhadap ancaman dan risiko digital disruption serta cuba memahami peluang yang ada. Kita juga perlu memulakan merancang pelbagai options untuk bisnes masa hadapan.

Model bisnes dan digital

Jadi bagaimana kita mahu hadapi kehadiran digital disruption ini? Kita perlukan satu bisnes model yang boleh diguna pakai.  Kita perlukan framework yang mudah untuk kita fahami.

Mari kita berkenalan dengan Digital Business Model Framework yang dicadangkan oleh P. Well dan S. L. Woerner, MIT Sloan. Digital business model ini dibangunkan berdasarkan kajian terhadap 50 perniagaan besar selama 5 tahun.

Mereka juga telah jalankan 6 kaji selidik dan interview terhadap lebih 1000 syarikat bagi tujuan ini.  Hasil kajian ini telah diuji terhadap banyak perniagaan terpilih secara global.

Digital Transformation

Berdasarkan kajian, perniagaan yang telah berjaya lakukan transformasi dalam ekonomi digital mempunyai cara tertentu untuk hasilkan value proposition baru yang bersifat persuasive melalui customer experience – secara digital.

Transformasi digital ini bukan hanya merujuk kepada teknologi digital. Teknologi digital seperti internet, sosial media, aplikasi mobile, analytics, cloud dan sebagainya sememangnya dilihat sebagai agen perubahan.

Hari ini, boleh kita katakana hampir semua perniagaan pasti menggunakannya.  Tetapi ianya hanyalah sebagai vehicle dan tidak semestinya memberikan sebarang competitive advantage kepada perniagaan.  Ada Facebook page dan Instagram sahaja tak mencukupi. Kan?

Kuncinya adalah, membezakan bisnes kita dengan menawarkan sesuatu yang baru dan menarik – secara digital.  Proses ini kemudian dirujuk sebagai “creating the next-generation enterprise” dan ianya memerlukan Digital Business Model Framework.

Digital Business Model Framework

Digital business model yang dicadangkan ini mempunyai 2 x 2 dimensi frmework.  Ia mempunyai 4 digital business model didalamnya.

Mari kita lihat model bisnes digital ini secara ringkas :

1) Supplier – pembuat produk yang kemudian menjual barangan mereka kepada perniagaan lain. Contoh, pengeluar barangan eletrik seperti Samsung, Sony & LG.

2) Omnichannel – menjual produk melalui pelbagai channel atau saluran. Contoh: IKEA yang mempunyai gedung jualan yang besar dan Gedung online dalam masa yang sama.  Begitu juga Mr. DIY dengan model bisnes yang sama.

3) Modular producer – penyedia produk atau perkhidmatan yang bersifat ‘plug-and-play’ begi kegunaan bisnes lain dan juga pengguna. Contoh, penyedia perkhidmatan payment gateway untuk pembayaran seperti Paypal, BillPlz dan SenangPay.

4) Ecosystem driverorganizer kepada satu ecosystem, sediakan platform untuk memberikan nilai kepada peserta, menjadi destinasi pemilik bisnes dan pelanggan dalam satu tempat, pastikan customer service yang hebat, tawarkan produk complementary dan competitor dalam masa yang sama! Contoh: Amazon, Alibaba, Lazada dan Shopee.

Posting berikutnya nanti kita bincang lebih mendalam tentang digital business model ini.  Contohnya, supplier dan modular producer dicadangkan sebagai ‘less familiar with customers’ berbanding omnichannel dan ecosystem driver.   Umpamanya, walau pun perniagaan seperti IKEA menggunakan perkhidmatan PayPal, PayPal tidak mempunyai maklumat lengkap tentang barangan yang dibeli oleh pengguna di IKEA.

Sampai jumpa lagi posting berikutnya.  Selama maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *