Transformasi Digital

Transformasi digital bukan hanya tertumpu kepada  teknologi digital,  tetapi lebih kepada perubahan.  Perubahan bukan hanya kepada kemungkinan sama ada ia akan berlaku atau tidak, tetapi persoalannya adalah bila dan bagaimana?

Perubahan seperti mana?

Bagaimanakah perubahan yang dimaksudkan dengan transformasi digital?   Contoh mudah, ia bermula dengan perubahan paradigma.  Perubahan dengan bagaimana cara kita berfikir.

Kita tidak pergi ke bank untuk saja-saja membuat transaksi.  Tidak juga untuk membuat pinjaman.  Tetapi kita pergi ke bank untuk membeli rumah!  Permohonan untuk membuat pinjaman secara online untuk membeli rumah pastinya memudahkan pengguna – secara digital.

Digital Disruption

Sejajar dengan era ekonomi digital & digital disruption, bisnes tidak akan mampu bertahan dengan cara lalu.  Cara lama yang membuah kejayaan tidak akan dapat menjamin kejayaan masa depan.  Begitu juga dengan hanya kemas kini  atau upgrade serba sedikit cara lama pengurusan bisnes.

Pernah dengar tentang Kodak, BlackBerry atau Nokia? Apa terjadi kepada mereka?  Nama besar ini terkenal dengan kejatuhan bisnes masing-masing di era digital.   Mereka gagal menghadapi keadaan yang dipanggil digital disruption.  Mereka gagal dalam menguruskan transformasi digital masing-masing.

Digital dirsuption ini sememangnya menganggu perjalan bisnes segala jenis industri.  Tak kiralah industri kewangan, retail, telekomunikasi, pengangkutan, fesyen dan sebagainya.

Terganggu ke tanpa transformasi digital?

Nokia, BlackBerry dan Kodak dan digital disruption boleh dianggap klasik.  Kita lihat isu-isu terkini bagaimana bisnes Amazon menganggu jualan retail fesyen bagi department store dan pelbagai outlet fesyen lain.  Uber dan Grab pula ganggu gugat pemandu teksi di seluruh dunia.  Transaksi melalui PayPal mengambil alih peranan bank dan sebagainya.

Kalau kita tak berubah sekarang, pastinya bisnes kita juga lambat-laun akan menghadapi masalah yang sama.  Mungkin kita anggap kedai kecil kita ditepi jalan tak perlu kepada perubahan ini.  Tetapi hakikatnya kita bersaing dengan bisnes yang sudah memulakan transformasi digital.

Kedai makan umpamanya, kini bersaing dengan kedai-kedai makan lain yang sudah bermula aktif dengan media sosial.  Mereka ada website dan sudah berjinak-jinak dengan Search Engine Optimization.  Mereka gunakan sepenuhnya aplikasi WhatsApp, Facebook page dan FBAds.

Mereka juga sediakan khidmat pesanan makanan dan penghantaran melalui perkhidmatan pihak ketiga seperti Food Panda dan Grab Food.  Disaat orang lain ambil order guna tab melalui sistem POS dan tablet, kita masih lagi tulis kat kertas.  Kita masih mahu duduk diam?

Reinvent dan buat perubahan

Apa perlu kita buat?  Jawapan mudah.  Kita perlu berubah!  Bisnes besar mahu pun kecil perlu untuk reinvent dan merubah secara total cara kerja bisnes mereka.  Perubahan secara menyeluruh perlu kepada, organisasi, struktur, kompetensi, budaya kerja perniagaan dan juga model bisnes.  Kita perlukan transformasi digital secara menyeluruh.

Jawapan ini nampak mudah.  Tetapi bagaimanakah perlaksanaanya? Tak mudah bukan?  Kita perlu bermula dari sekarang walaupun tidak begitu mudah dan sangat mencabar.   Nak bermula dari mana? Mulakan dengan menambah ilmu, cari guru dan mentor.   Rujuk kepada yang pakar dalam bidang transformasi digital ini.  Mulakan dengan membawang tentang transformasi digital lebih dari membawang tentang perkara lain yang kurang faedah.

OK!  Sekian sahaja posting singkat tentang transformasi digital ini.  Kita jumpa di lain masa dengan bagaimana untuk berhadapan dengan digital disruption ini.  Selamat Maju Jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *