Iklan Facebook #3 – Kaji Prospek di Forum

Salah satu cara untuk kaji prospek adalah melalui forum.  Kenapa forum? Ianya tempat orang berkumpul.  Di mana orang berkumpul di situ wang terkumpul!

Masalah utama forum pada masa ni, dah banyak forum tak aktif.  Tapi tak apa, kita still boleh kaji masalah orang ramai dalam industri.  Masalah boleh dikatakan masih sama.   Sebagai alternatif, pi join Facbook group yang berkaitan. Kira forum jugaklah kan tu…

Macam mana nak kaji?

Senang je. Ni caranya:

(1)  Kita guna Google search.  Keword yang dugunakan “masalah/produk/niche forum”.  Contoh kalau kita dalam industri yang berkaitan dengan kesihatan, kita boleh google “kesihatan forum”.  Bagi spesifik untuk Malaysia, kita boleh search”kesihatan forum malaysia”.  Nak lagi spesifik? Mari kita search “sakit tengkuk forum malaysia”

(2) Lihat forum yang kita jumpa, kita boleh sort by relpy dan views.  Lagi banyak-lagi bagus.  Ini bermakna niche yang kita pilih banyak permintaan.

(3) Kumpul dan dokumen semua masalah yang ada ke dalam spreadsheet atau apa juga bentuk dokumen.

Contoh – “Sakit Pinggang”

Saya nak jual krim The Human Mechanic (THM) di mana salah satu masalah diselesaikan adalah sakit pinggang.  Mari kita tengok ada tak “sakit pinggang forum”. OK ada!

Apa kita nak tengok dan kaji?

  • Senaraikan masalah sakit pinggang ni.  Senaraikan juga apa rungutan atau cerita mereka.  Cuba bayangkan iklan kita ni menjawab apa yang mereka rungutkan.  Tengok ayat-ayat rungutan mereka. Boleh dijadikan idea untuk copywriting nanti..
  • Kaji jantina siapa yang pos dalam forum ni.  Terutamanya jantina mereka.  Kita tahu masalah sakit pinggang ni tak tentu jantina.  Tapi bila kita tengok dalam forum ni banyak lelaki contohnya, kita boleh mulakan iklan untuk sasarkan lelaki dahulu!
  • Senaraikan tips-tips pengguna forum berikan.  Boleh gunakan untuk buat artikel bagi tujuan SEO (ni topik lain – pengiklanan guna Google pulak)

Contoh Masalah: “Sakit pinggang”

URL: https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=644976

Walau reply tak banyak, dia ada 13,198 views.  Besar kemungkinan view datang dari orang yang mempunyai masalah lebih kurang sama.  Mereka mungkin datang selepas lakukan carian dari Google.

Kalau tengok jantina pula, agak seimbang dari lelaki dan perempuan.  Cari lagi di beberapa forum.  Boleh juga kita sasarkan keduanya jika lebih kurang sama banyak.

Cuba scroll ke bawah.  Kita tengok ayat-ayat yang boleh dijadikan iklan nanti:

“jd bila duduk atau berjalan pon masih terasa sakit.”

“sedikit sebanyak kaco jugak tumpuan kerja”

“paling teruk aku kne sampai nak bgun pon kne merangkak..”

“duduk sakit, nk kne bersandar aje…..baring pun serbe tak kene……”

Artikel atau tips yang kita boleh masukkan ke dalam blog sebagai strategi tambahan:

“ubat aku klu sakit je blakang aku tido kat simen.. or carpet. somthing yg keras lah.”

“klau ikut nasihat org tua better tido kt atas papan.”

“cuba bersenam….regang-regangkan badan…mungkin darah tak jalan elok kt kawasan tue. and ..minum air banyak”

“maybe sebab salah tidur kot.. tapi pape pn jangan g berurut dulu sebelum consult ngan doc”

Nota: Boleh dijadikan ayat iklan juga: “Dah try macam-macam petua.. baring atas simen la..papan la, tapi tak juga kurang sakit!”

Apa lagi boleh kita nampak dalam posting kat forum ni pasal sakit belakang? Pesaing 🙂

 

3 Replies to “Iklan Facebook #3 – Kaji Prospek di Forum”

  1. After going over a handful of the blog articles on your site, I really appreciate your technique of blogging.

    I bookmarked it to my bookmark webpage list and will be checking back soon. Take a look
    at my website as well and let me know your opinion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *