Pengurusan Kewangan Kedai Makan dan Restoran #11 – Debit Kredit (Bahagian 3: Imbangan Duga)

Fuh dulu dengar je kawan-kawan perdagangan pasal imbangan duga (Trial Balance) ni hehe.. skali sekarang kena belajar!  OK! Imbangan duga ni bertujuan untuk menyenaraikan kesemua akaun dengan debit and credit balances.

Ia selalunya disediakan pada penghujung / penamat accounting period dan merupakan langkah pertama bagi menjana penyata kewangan (financial statements).  Imbangan duga bagi akaun dikatakan “in balance” bila jumlah kesemua debit dan kredit adalah sama.

Trial Balance ni adalah sebagai bukti bahawa semua debit adalah sama jumlah dengan kredit.  Kalau tak sama, ini bermakna akaun kita ada masalah!  Silap rekod atau terlupa rekod mana yang perlu!

Penyediaan Trial Balance

Langkah-langkah penyediaan Trial Balance :

Langkah 1 – Tentukan baki bagi setiap akaun

OK kita tengok balik debit vs credit balance sebelum ni…

    Cash (asset)             Rental (asset)  
----------+----------     ----------+----------
(1) 5,000 | (2) 2,100     (2) 2,100 |
(4)    60 | (3) 1,000               |
          | (5)    20     ----------+----------
----------+----------         2,100 |
    5,060 |     3,120         ===== |
-   3,120 |
----------+----------
    1,940 |
    ===== |

   Equipment (asset)    Notes Payable (liability)
----------+----------     ----------+----------  
(3) 5,000 |                         | (2) 4,000
          |                         |
----------+----------     ----------+----------
    5,000 |                         |     4,000
    ===== |                         |     =====

Modal KakYa (Owners' Equity)
----------+---------- 
(5)    20 | (1) 5,000
          | (4)    60
----------+----------
       20 |     5,060
          |  -     20
----------+----------
          |     5,040
          |     =====

Langkah 2 – Senaraikan semua akaun dan letakkan debit dan kredit balance dalam separate colums

Langkah 3 – Jumlahkan keseluruhan debit and credit colums separately

Langkah 4 – Bandingkan keseluruhan jumlah debit dan kredit

Mari kita tengok contoh Kedai Makan Terlolap Mato ni:

                   Trial Balance
            Kedai Makan Terlolap Mato
------------------------------------------------
Account         Debit Balance   Credit Balance         
------------------------------------------------
Cash                    1,940
Rental                  2,100
Equipment               5,000
Notes Payable                           4,000
KakYa, Capital                          5,040
                       ------           ------   
   Total                9,040            9,040
                       ======           ======
-------------------------------------------------

Ha tengok jumlah keseluruhan Debit Balance vs Credit Balance, kan ke samaaaa (“in balance“).  Ini la kisahnya imbangan duga atau orang putih kata “trial balance“.

 

 

One Reply to “Pengurusan Kewangan Kedai Makan dan Restoran #11 – Debit Kredit (Bahagian 3: Imbangan Duga)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *