BMC – Key Partnerships

BMC key partnerships pula merujuk kepada rangkaian pembekal (suppliers) dan juga rakan kongsi (partner) dalam perniagaan yang dijalankan.

Jenis-jenis BMC key partnerships

Empat jenis key partnerships:

(1) Pakatan strategik (strategic alliances) antara entiti perniagaan yang merupakan bukan persaing antara satu sama lain.

(2)  Kerjasama strategik di antara pesaing.

(3) Joint venture (JV) untuk membina perniagaan baru.

(4) Perhubungan di antara pembeli dan pembekal untuk menjamin kecukupan bekalan.

Kenapa perlu kepada partnerships?

Kenapa kita perlukan rakan kongsi dan pembekal ini?  Dah tentulah kita ni tak boleh buat semua benda dalam menjalankan perniagaan.

Antaranya kita boleh membina pakatan bagi mengoptimumkan perniagaan, mengurangkan risiko dan mendapatkan lebih sumber bisnes dengan kos yang lebih menguntungkan.

(1) Pengoptimum dan economy of scale

Perkara paling utama adalah mengoptimumkan perniagaan yang dijalankan.   Partnerships yang paling asal pula adalah sebagai pembeli dan pembekal.

Contoh mudah,  gerai makanan membeli mee kuning untuk dijadikan mee goreng.  Mereka tidak perlu membeli tepung dah bahan lain untuk membuat mee kuning tersebut dan seterusnya menyediakan mee goreng yang sedap untuk pelanggan.

Bagi konsep economy of scale pula, bila pengilang mee kuning mengeluarkannya dengan lebih banyak untuk lebih banyak kedai makanan, kos mee kuning tersebut akan jadi lebih rendah.

(2) Mengurangkan risiko dan ketidak tentuan

Partnerships juga boleh mengurangkan risiko dalam persekitaran yang begitu kompetetif.  Contoh di sini merujuk kepada teknologi Blu-ray bagi membolehkan video disimpan dengan kualiti lebih tinggi.

Pelbagai syarikat elektornik dan pengeluar komputer bekerjasama untuk membina standard atau piawaian yang perlu gunakan bagi teknologi Blu-ray ini.  Mereka bekerjasama dalam membangunkan piawaian, dan dalam masa yang sama bersaing untuk menjual produk Blu-ray mereka.

Kerjasa ini membolehkan ketidak tentuan dapat dielakkan jika mereka menggunakan standard yang berlainan.  Bagaimana jika teknologi yang mereka keluarkan tidak digemari kerana orang lebih mengemari Blu-ray yang lebih meluas digunakan?

(3) Mendapatkan sumber 

Hanya sedikit entiti perniagaan yang mempunyai sumber mereka yang tersendiri.  Oleh itu, ianya boleh didapati melalui entiti perniagaan yang lain.  Ini adalah tujuan utama konsep BMC key partnerships ini.

Contoh, pengeluar smartphone seperti Samsung memerlukan chip daripada Qualcomm.  Sistem pengoperasian Android pula dibangunkan oleh Google berasaskan sumber terbuka Linux.

Rujukan:

  1. Samsung Said to Be Exclusive Manufacturer for Qualcomm’s New Snapdragon Chip

  2. Android Operating System

______________________________________________________

Pautan keseluruhan BMC:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *