BMC – Key Activities

Building block barikutnya iaitu  Key Activities pula menerangkan apa bendanya yang entiti perniagaan perlu buat untuk memastikan model bisnes mereka berjaya.

Entiti perniagaan mesti melakukan beberapa aktiviti penting ini untuk membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar.  Sama macam key resources, key activities ini diperlukan untuk membina tawaran nilai, membina dan menyokong perhubungan dengan pelanggan, dan seterusnya jana pendapatan (revenue).

Key activities ini bergantung kepada jenis model bisnes yang dirancang.  Sebagai contoh:

  • Key activities bagi Microsoft adalah pembangunan sistem atau perisian (software development)
  • Dell pula dengan peniagaan menjual peralatan komputer pula memerlukan pengurusan supply chain (termasuklah pembuatan peralatan komputer)
  • McKinsey yang terkenal dalam bidang pakar runding (consultancy) dengan key activities utamanya adalah menyelesaikan masalah (problem solving).

Kategori Key Activities

Ianya boleh dikategorikan kepada tiga (‘3’) jenis kat bawah ni:

(1) Produksi (Production)

Aktiviti berkaitand engan mereka bentuk (design), membuat dan menyampaikan produk dalam jumlah yang banyak dengan kualiti yang tinggi. Aktiviti produksi ini biasanya mendominasi model perniagaan bagi industi pembuatan dan perkilangan.

 (2) Menyelasaikan Masalah (Problem Solving)

Key activities bagi jenis ini biasanya bertujuan untuk menyelesaikan masalah spesifik kepada setiap pelanggan.  Ia juga bertujuan untuk membina penyelesaian masalah yang baru (‘new solutions‘) kepada pelanggan mereka.

Biasanya merujuk kepada model bisnes bagi perkhidmatan consultancy dan key activities utama memerlukan kepada pengurusan knowledge (knowledge management) dan latihan berterusan kepada staff syarikat.

(3) Platform / Network

Platform boleh merujuk kepada rangkaian, match making platform, software dan juga brand.  Contoh mudah bagi kategori ini adalah eBay yang membina, mengekal dan menyengara laman web mereka sebagai platform perniagaan.

Bagi Microsoft pula, perisian Microsoft Windows adalah platform mereka dan model bisnes Microsoft memerlukan pengurusan perhubungan dengan syarikat lain yang membina perisian berdasarkan sistem pengoperasi ini.

Bagi pengeluar kad kredit Visa pula, key activities mereka lebih kepada menyediakan rangkaian rangkaian yang membolehkan transaksi kad kredit boleh dilaksanakan antara pengguna, merchant, bank dan pihak mereka sendiri.

 

______________________________________________________

Pautan keseluruhan BMC:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *