BMC – Key Resources

Key Resources (sumber utama) merujuk kepada  aset penting atau sumber yang diperlukan untuk memastikan aktiviti bisnes  boleh berjalan.

Sumber ini membolehkan entiti perniagaan untuk membina dan menawarkan nilai (value proposition), mensasarkan pasaran kepada segmen pelanggan dan seterusnya memperolehi pendapatan (earn revenue).

Key resources boleh jadi perkara-perkara dalam bentuk fizikal, kewangan, sumber intelek dan juga sumber manusia.

(1) Fizikal

Kategori key resources jenis ini termasuk aset fizikal seperti peralatan atau fasiliti pembuatan produk, bangunan, kenderaan, mesen, komputer, sistem, sistem point-of-sale dan rangkaian pengedaran.

(2) Sumber Intelek

Sumber intelek adalah seperti jenama, pengetahuan, paten dan hak cipta (copyright).  Sumber intelek seperti ini juga lebih dikenali sebagai harta intelek. Database pelanggan juga termasuk dalam kategori sumber intelek.

Tengok je macam-macam jenama terkenal dengan brand mereka.  Sebut je pun orang dah tau macam mana kualitinya.

(3) Sumber Manusia

Setiap perniagaan wajib memerlukan sumber manusia.  Ia penting lebih-lebih dalam model bisnes  bagi industri knowledge-intensive dan juga kreatif.  Contohnya, perniagaan yang memerlukan pakar runding atau consultant dan juga saintis bagi industri farmaseutikal.

Begitu juga dengan sektor guaman dan kesihatan.  Key resources kategori ini memerlukan sumber manusia untuk perniagaan dijalankan.

(4) Kewangan (Financial)

Key resources bagi kategori ini? Wang tunai, pinjaman, financial guarantee dan juga stock option.

 

______________________________________________________

Pautan keseluruhan BMC:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *