BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan

BMC Cost Structure

BMC cost structure ini menerangkan semua kos-kos yang terlibat untuk menjalankan perniagaan berdasarkan model bisnes yang dirancang.

Kesemua aspek untuk membina dan manyampaikan tawaran nilai, mengekalkan perhubungan dengan pelanggan dan seterusnya mahu menjana pendapatan memerlukan kos-kos yang perlu ditanggung.

Kos-kos ini boleh dirancang dengan baik sekiranya kita tentukan aspek Key Resources, Key Activities dan Key Partnerships dalam model perniagaan yang hendak dijalankan.

Jenis Cost Structure

Mari kita lihat dua BMC cost structure yang boleh diguna pakai dalam model perniagaan:

 (1) Cost-driven

Model bisnes berasaskan cost-driven ini terfokus kepada objektif untuk mengurangkan kos seberapa mungkin.    Kaedah pengurangan kos termasuklah penggunaan VP yang menawarkan harga yang rendah, proses automasi secara maksimum dan pengunaan sumber luaran dengan outsourcing.

Contoh, kita boleh lihat kepada syarikat penerbangan AirAsia.  Mereka tawarkan tiket murah dengan kaedah pengurangan kos tanpa makanan dan minuman.    Makanan dan minuman ini boleh ditempah secara berasingan atau dibeli di dalam kapal terbang.   Proses pembelian tiket digalakkan dibeli secara online.  Proses check in juga boleh dilakukan secara online atau pun gunakan kios yang disediakan di lapangan terbang.

(2) Value-driven

Model bisnes dengan BMC cost structure ini pula tidak melihat implikasi kos terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.  Fokus utama adalah pembinaan kepada “nilai” yang ditawarkan.  Ia biasanya merujuk kepada tawaran nilai yang lebih premium.

Contoh, hotel berbintang-bintang dengan fasiliti mewah dan perkhidmatan yang eklusif.

Ciri-ciri BMC Cost Structure

Ciri-ciri struktur kos adalah seperti berikut:

(1) Fixed Costs (kos tetap)

Kos adalah sama walau pun berapa banyak produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Contoh: sewa bangunan, pemasaran dan pengiklanan tidak bergantung kepada volume produk yang dihasilkan.

(2) Variable Costs (kos boleh ubah) 

Kos ini bergantung kepada berapa banyak produk atau perkhidmatan yang dihasilkan.  Semakin banyak produk dihasilkan, semakin tinggi kos.  Semakin banyak perkhidmatan, semakin banyak pekerja diperlukan dan kos akan meningkat.

(3) Economies of Scale

Kelebihan kepada perniagaan jika mengeluarkan produk dengan kuantiti yang lebih besar.  Contohnya, kos barang mentah akan dapat dikurangkan jika dibeli dengan kuantiti yang lebih besar.

(4) Economies of Scope

Kelebihan jika skop operasi adalah lebih besar atau lebih banyak pelanggan.  Contoh, perkhidmatan call center – infrastruktur yang sama boleh digunakan kepada pelanggan yang berlainan tanpa perlu melabur untuk mewujudkan call center kepada pelanggan lain.

Contoh lain, saluran pengedaran yang sama boleh digunakan untuk mengedar lebih banyak produk yang berlainan.

_____________________________________________________________________

Pautan:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan

BMC – Key Partnerships

BMC Key Partnerships

BMC key partnerships pula merujuk kepada rangkaian pembekal (suppliers) dan juga rakan kongsi (partner) dalam perniagaan yang dijalankan.

Jenis-jenis BMC key partnerships

Empat jenis key partnerships:

(1) Pakatan strategik (strategic alliances) antara entiti perniagaan yang merupakan bukan persaing antara satu sama lain.

(2)  Kerjasama strategik di antara pesaing.

(3) Joint venture (JV) untuk membina perniagaan baru.

(4) Perhubungan di antara pembeli dan pembekal untuk menjamin kecukupan bekalan.

Kenapa perlu kepada partnerships?

Kenapa kita perlukan rakan kongsi dan pembekal ini?  Dah tentulah kita ni tak boleh buat semua benda dalam menjalankan perniagaan.

Antaranya kita boleh membina pakatan bagi mengoptimumkan perniagaan, mengurangkan risiko dan mendapatkan lebih sumber bisnes dengan kos yang lebih menguntungkan.

(1) Pengoptimum dan economy of scale

Perkara paling utama adalah mengoptimumkan perniagaan yang dijalankan.   Partnerships yang paling asal pula adalah sebagai pembeli dan pembekal.

Contoh mudah,  gerai makanan membeli mee kuning untuk dijadikan mee goreng.  Mereka tidak perlu membeli tepung dah bahan lain untuk membuat mee kuning tersebut dan seterusnya menyediakan mee goreng yang sedap untuk pelanggan.

Bagi konsep economy of scale pula, bila pengilang mee kuning mengeluarkannya dengan lebih banyak untuk lebih banyak kedai makanan, kos mee kuning tersebut akan jadi lebih rendah.

(2) Mengurangkan risiko dan ketidak tentuan

Partnerships juga boleh mengurangkan risiko dalam persekitaran yang begitu kompetetif.  Contoh di sini merujuk kepada teknologi Blu-ray bagi membolehkan video disimpan dengan kualiti lebih tinggi.

Pelbagai syarikat elektornik dan pengeluar komputer bekerjasama untuk membina standard atau piawaian yang perlu gunakan bagi teknologi Blu-ray ini.  Mereka bekerjasama dalam membangunkan piawaian, dan dalam masa yang sama bersaing untuk menjual produk Blu-ray mereka.

Kerjasa ini membolehkan ketidak tentuan dapat dielakkan jika mereka menggunakan standard yang berlainan.  Bagaimana jika teknologi yang mereka keluarkan tidak digemari kerana orang lebih mengemari Blu-ray yang lebih meluas digunakan?

(3) Mendapatkan sumber 

Hanya sedikit entiti perniagaan yang mempunyai sumber mereka yang tersendiri.  Oleh itu, ianya boleh didapati melalui entiti perniagaan yang lain.  Ini adalah tujuan utama konsep BMC key partnerships ini.

Contoh, pengeluar smartphone seperti Samsung memerlukan chip daripada Qualcomm.  Sistem pengoperasian Android pula dibangunkan oleh Google berasaskan sumber terbuka Linux.

Rujukan:

  1. Samsung Said to Be Exclusive Manufacturer for Qualcomm’s New Snapdragon Chip

  2. Android Operating System

______________________________________________________

Pautan keseluruhan BMC:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan

BMC – Key Activities

key activities

Building block barikutnya iaitu  Key Activities pula menerangkan apa bendanya yang entiti perniagaan perlu buat untuk memastikan model bisnes mereka berjaya.

Entiti perniagaan mesti melakukan beberapa aktiviti penting ini untuk membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar.  Sama macam key resources, key activities ini diperlukan untuk membina tawaran nilai, membina dan menyokong perhubungan dengan pelanggan, dan seterusnya jana pendapatan (revenue).

Key activities ini bergantung kepada jenis model bisnes yang dirancang.  Sebagai contoh:

  • Key activities bagi Microsoft adalah pembangunan sistem atau perisian (software development)
  • Dell pula dengan peniagaan menjual peralatan komputer pula memerlukan pengurusan supply chain (termasuklah pembuatan peralatan komputer)
  • McKinsey yang terkenal dalam bidang pakar runding (consultancy) dengan key activities utamanya adalah menyelesaikan masalah (problem solving).

Kategori Key Activities

Ianya boleh dikategorikan kepada tiga (‘3’) jenis kat bawah ni:

(1) Produksi (Production)

Aktiviti berkaitand engan mereka bentuk (design), membuat dan menyampaikan produk dalam jumlah yang banyak dengan kualiti yang tinggi. Aktiviti produksi ini biasanya mendominasi model perniagaan bagi industi pembuatan dan perkilangan.

 (2) Menyelasaikan Masalah (Problem Solving)

Key activities bagi jenis ini biasanya bertujuan untuk menyelesaikan masalah spesifik kepada setiap pelanggan.  Ia juga bertujuan untuk membina penyelesaian masalah yang baru (‘new solutions‘) kepada pelanggan mereka.

Biasanya merujuk kepada model bisnes bagi perkhidmatan consultancy dan key activities utama memerlukan kepada pengurusan knowledge (knowledge management) dan latihan berterusan kepada staff syarikat.

(3) Platform / Network

Platform boleh merujuk kepada rangkaian, match making platform, software dan juga brand.  Contoh mudah bagi kategori ini adalah eBay yang membina, mengekal dan menyengara laman web mereka sebagai platform perniagaan.

Bagi Microsoft pula, perisian Microsoft Windows adalah platform mereka dan model bisnes Microsoft memerlukan pengurusan perhubungan dengan syarikat lain yang membina perisian berdasarkan sistem pengoperasi ini.

Bagi pengeluar kad kredit Visa pula, key activities mereka lebih kepada menyediakan rangkaian rangkaian yang membolehkan transaksi kad kredit boleh dilaksanakan antara pengguna, merchant, bank dan pihak mereka sendiri.

 

______________________________________________________

Pautan keseluruhan BMC:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan

 

 

BMC – Key Resources

BMC Key Resources

Key Resources (sumber utama) merujuk kepada  aset penting atau sumber yang diperlukan untuk memastikan aktiviti bisnes  boleh berjalan.

Sumber ini membolehkan entiti perniagaan untuk membina dan menawarkan nilai (value proposition), mensasarkan pasaran kepada segmen pelanggan dan seterusnya memperolehi pendapatan (earn revenue).

Key resources boleh jadi perkara-perkara dalam bentuk fizikal, kewangan, sumber intelek dan juga sumber manusia.

(1) Fizikal

Kategori key resources jenis ini termasuk aset fizikal seperti peralatan atau fasiliti pembuatan produk, bangunan, kenderaan, mesen, komputer, sistem, sistem point-of-sale dan rangkaian pengedaran.

(2) Sumber Intelek

Sumber intelek adalah seperti jenama, pengetahuan, paten dan hak cipta (copyright).  Sumber intelek seperti ini juga lebih dikenali sebagai harta intelek. Database pelanggan juga termasuk dalam kategori sumber intelek.

Tengok je macam-macam jenama terkenal dengan brand mereka.  Sebut je pun orang dah tau macam mana kualitinya.

(3) Sumber Manusia

Setiap perniagaan wajib memerlukan sumber manusia.  Ia penting lebih-lebih dalam model bisnes  bagi industri knowledge-intensive dan juga kreatif.  Contohnya, perniagaan yang memerlukan pakar runding atau consultant dan juga saintis bagi industri farmaseutikal.

Begitu juga dengan sektor guaman dan kesihatan.  Key resources kategori ini memerlukan sumber manusia untuk perniagaan dijalankan.

(4) Kewangan (Financial)

Key resources bagi kategori ini? Wang tunai, pinjaman, financial guarantee dan juga stock option.

 

______________________________________________________

Pautan keseluruhan BMC:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan