BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)

Revenue streams / aliran pendapatan merujuk kepada pendapatan yang boleh dijana daripada produk dan perkhidmatan yang disasarkan kepada segmen pelanggan pilihan.

BMC mempunyai 2 kategori revenue streams iaitu:

  • Pendapatan daripada pembayaran atas produk dan perkhidmatan dalam satu pembelian atau urus niaga (Transaction revenues resulting from one-time customer payments).
  • Pendapatan berulang dari satu pembelian produk atau perkhidmatan (Recurring revenues from ongoing payments)

Menjana Revenue Streams

Terdapat pelbagai cara untuk menjana aliran pendapatan atau revenue streams ini:

(1) Asset sale / Penjualan Barangan – Jual apa jua barangan yang boleh dijual.  Aliran pendapatan boleh dijana apabila pembelian dilakukan.

(2) Usage Fee / Bayaran perkhidmatan – Begitu juga dengan perkhidmatan, revenue streams dijana berdasarkan bayaran terhadap perkhidmatan yang digunakan pelanggan.  Contoh, bayaran per minit terhadap panggilan telefon.

(3) Subscription Fees / Langanan – Bayaran terhadap penggunaan perkhidmatan yang berulang atau berterusan. Contoh, bayaran Astro setiap bulan, membership masuk gym angkat besi, main game online dan macam-macam lagi.

(4) Leasing / Renting / Lending / Sewa – Sewakan apa juga aset seperti sewa rumah dan kereta.  Sewa beli untuk gajet seperti model terkini iphone dan Samsung juga boleh termasuk dalam kategori ini.

(5) Licensing / Perlesenan – Kita boleh juga jana revenue streams dengan melesenkan harta intelek (intellectual property) kepada pihak lain.  Boleh lesenkan trademark dan patent kita kepada pihak lain dengan bayaran tertentu.

(6) Brokerage fees Revenue streams jenis ini selalunya dijana melalui bayaran komisyen.  Contoh, bayaran beberapa persen dari jualan rumah pihak lain kepada pembeli.

(7) Advertising / Pengiklanan – Pengiklanan boleh digunakan untuk menjana Revenue Streams.  Buat blog, kumpul trafik banyak-banyak dan sediakan perkhidmatan pengiklanan diblog kita.

______________________________________________________

Pautan keseluruhan BMC:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *