BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)

revenue streams

Mekanisme Harga (Pricing Mechanisms)

Setiap revenue streams boleh mempunyai beberapa mekanisme harga yang berbeza.  Mekanisma   harga yang kita pilih membawa kepada perbezaan ketara kepada revenue streams yang akan dijana.

Terdapa dua jenis mekanisme harga yang boleh diguna pakai:

(1) Fixed pricing (harga tetap)
(2) Dynamic pricing (harga dinamik)

 Fixed Pricing  Dynamic Pricing
 List price – harga tetap bagi setiap produk atau perkhidmatan.  Negotiation / bargain – Harga boleh dirunding
 Product feature dependent – harga bergantung kepada kualiti produk atau value proposition  Yield management – harga bergantung kepada inventori atau waktu pembelian (contoh: nak tempah bilik hotel)
 Customer segment – harga bergantung kepada sasaran segmen pelanggan  Real-time market – harga bergantung kepada permintaan dan penawaran (supply and demand)
 Volume dependent – harga bergantung kepada kuantiti.  Lagi banyak lagi kurang harga.  Auctions – lelong-lelong! Harga bergantung kepada pembida yang lebih kompetitif.

Rujuk Revenue Streams bahagian 1 di sini.

______________________________________________________

Pautan keseluruhan BMC:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan

BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)

revenue streams

Revenue streams / aliran pendapatan merujuk kepada pendapatan yang boleh dijana daripada produk dan perkhidmatan yang disasarkan kepada segmen pelanggan pilihan.

BMC mempunyai 2 kategori revenue streams iaitu:

  • Pendapatan daripada pembayaran atas produk dan perkhidmatan dalam satu pembelian atau urus niaga (Transaction revenues resulting from one-time customer payments).
  • Pendapatan berulang dari satu pembelian produk atau perkhidmatan (Recurring revenues from ongoing payments)

Menjana Revenue Streams

Terdapat pelbagai cara untuk menjana aliran pendapatan atau revenue streams ini:

(1) Asset sale / Penjualan Barangan – Jual apa jua barangan yang boleh dijual.  Aliran pendapatan boleh dijana apabila pembelian dilakukan.

(2) Usage Fee / Bayaran perkhidmatan – Begitu juga dengan perkhidmatan, revenue streams dijana berdasarkan bayaran terhadap perkhidmatan yang digunakan pelanggan.  Contoh, bayaran per minit terhadap panggilan telefon.

(3) Subscription Fees / Langanan – Bayaran terhadap penggunaan perkhidmatan yang berulang atau berterusan. Contoh, bayaran Astro setiap bulan, membership masuk gym angkat besi, main game online dan macam-macam lagi.

(4) Leasing / Renting / Lending / Sewa – Sewakan apa juga aset seperti sewa rumah dan kereta.  Sewa beli untuk gajet seperti model terkini iphone dan Samsung juga boleh termasuk dalam kategori ini.

(5) Licensing / Perlesenan – Kita boleh juga jana revenue streams dengan melesenkan harta intelek (intellectual property) kepada pihak lain.  Boleh lesenkan trademark dan patent kita kepada pihak lain dengan bayaran tertentu.

(6) Brokerage fees Revenue streams jenis ini selalunya dijana melalui bayaran komisyen.  Contoh, bayaran beberapa persen dari jualan rumah pihak lain kepada pembeli.

(7) Advertising / Pengiklanan – Pengiklanan boleh digunakan untuk menjana Revenue Streams.  Buat blog, kumpul trafik banyak-banyak dan sediakan perkhidmatan pengiklanan diblog kita.

______________________________________________________

Pautan keseluruhan BMC:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan

BMC – Customer Relationships

Customer relationships merujuk kepada hubungan dengan segmen pelanggan yang diwujudkan oleh  organisasi perniagaan.

Tujuan utama boleh jadi untuk mendapatkan dan mengekalkan (rentention) pelanggan serta meningkatkan jualan (seperti untuk tujuan upsell).

Kategori Customer Relationships

Berikut merupakan beberapa contoh kategori Customer Relationships:

(1) Personal Assistance atau bantuan secara peribadi merujuk kepada interaksi face to face dengan pelanggan.  Bantuan atau sokongan ini diberikan semasa proses urus niaga dan juga selepas mereka membuat pembelian.  Ia juga boleh dijalankan melalui panggilan telefon, email dan sebagainya.

(2) Dedicated Personal Assistance memberikan wakil khusus kepada pelanggan secara individu.  Contoh, industri perbankan memberikan individu khusus sebagai wakil bank untuk menguruskan pelanggan dengan net worth yang tertentu.  Begitu juga syarikat dengan projek bernilai tinggi di mana ianya dikendalikan oleh account manager untuk berurusan dengan pelanggan mereka.

(3) Self-Service – layan diri.  Organisasi perniagaan tidak mempunyai perhubungan secara langsung dengan pelanggan.  Apa yang perlu, mereka berikan maklumat secukupnya bagi tujuan layan diri.  Cuba pergi kedai dobi layan diri berhampiran rumah kita tu…

(4) Automated Services – boleh merujuk kepada gabungan self-service dengan proses yang sudah diautomasikan.  Contoh dalam laman web e-commerce seperti Lazada, paparan disesuaikan dengan kehendak pelanggan melalu profile pelanggan.  Pelanggan juga dicadangkan dengan pelbagai barangan lain yang berkenaan dengan barang-barang yang telah dilihat oleh pelanggan sebelumnya.

 (5) Communities – banyak organisasi perniagaan membina komuniti online yang membenarkan pelanggan untuk bertukar-tukar pandangan dan maklumat untuk menyelesaikan masalah tertentu.  Komuniti juga berguna untuk membantu organisasi perniagaan untuk memahami kehendak pelanggan.  Mungkin juga berkait rapat dengan kaedah membina follower mereka yang tersendiri.

(6) Co-creation – bagi customer relationships jenis ini, organisasi perniagaan melibatkan pengguna dalam proses perniagaan. Contoh, memgalakkan pelanggan untuk membuat ulasan terhadap produk dan perkhidmatan di laman web (seperti kebanyakkan laman web ecommerce), memilih design bungkusan produk dan lain-lain.  Youtube contohnya membolehkan pengguna untuk membina content mereka sendiri.

 

______________________________________________________

Pautan keseluruhan BMC:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan