BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2

Tawaran nilai atau value propositions merujuk kepada nilai yang nak kita bina terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan.    Tawaran nilai ini mestilah spesifik disasarkan kepada segmen pelanggan yang kita pilih.

Tawaran nilai ini akan menentukan pelanggan memilih kita, bukan pesaing kita yang lain.

Kunci Value Propositions

Kunci utama tawaran nilai – menyelesaikan masalah, memuaskan kehendak pengguna dan memberi nilai tambah (value added).

Tawaran nilai boleh terdiri dari aspek produk dan perkhidmatan yang inovatif, baru atau disruptive*.  Ia juga boleh jadi sama dengan apa yang telah ada dipasaran tetapi dengan pertambahan sifat atau ciri-ciri lain.

*Nota: Disruptive merujuk kepada aspek atau teknologi yang boleh menganggu keadaan perniagaan semasa. Contoh, kewujudan Grab & Uber menganggu pendapatan pengusaha dan pemandu teksi.

Tawaran nilai mungkin diwujudkan dari segi kuantitatif (seperti harga dan tempoh perkhidmatan yang lebih singkat) dan juga boleh bersifat kualitatif (rekabentuk dan pengalaman pengguna).

Elemen Tawaran Nilai

Mari kita lihat aspek yang boleh dijadikan elemen bagi membina tawaran nilai terdapat produk dan perkhidmatan:

(1) Produk atau Perkhidmatan Baru (‘Newness)

Tawaran nilai ini merujuk kepada produk dan perkhidmatan yang baru dipasaran.  Contoh banyak berkaitan dengan teknologi smartphone di mana banyak syarikat melancarkan produk baru mereka pada setiap tahun.

(2) Prestasi (‘Performance’)

Peningkatan prestasi terhadap produk dan perkhidmatan juga boleh jadi sebagai tawaran nilai.  Contoh, mengeluar CPU komputer seperti Intel sentiasa mengeluarkan CPU yang lebih hebat dari keluaran sebelumnya.

Smartphone baru juga menggunakan faktor prestasi sebagai tawaran nilai – CPU terkini, memory dan storan lebih besar dan sebagainya.

(3) Penyesuaian (‘Customization’)

Aspek penyesuaian atau customization ini adalah berdasarkan keperluan individu pelanggan atau segmen pelanggan yang tersendiri.    Sebagai contoh, pengeluar Laptop jenama DELL membenarkan pelanggan untuk menambah spesifikasi berdasarkan kehendak mereka.  Dari senarai spesifikasi yang standard, mereka boleh menambah RAM dan kapasiti storan yang nak digunakan .

(4) Getting the Job Done

Tawaran nilai jenis ini boleh merujuk kepada outsourcing business.  Contoh dalam industri aviation,  kapal terbang berasaskan enjin keluaran Rolls-Royce bergantung sepenuhnya kepada syarikat Rolls-Royce untuk membekalkan enjin dan seterusnya menjalankan penyenggaraan 100%.

(5) Rekabentuk (‘Design’)

Tawaran nilai berdasarkan rekabentuk juga penting.  Rekabentuk yang menarik dan lebih menonjol akan lebih berjaya dipasaran.  Contoh boleh dilihat dalam industri fashion, smartphone, kereta dan lain-lain.

OK, nanti kita sambung dalam bahagian ke-2 bagi beberapa lagi tawaran nilai yang boleh kita wujudkan untuk segmen pelanggan pilihan.

______________________________________________________

Pautan keseluruhan BMC:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *