Business Model Canvas (‘BMC’)

Tahun baru, semangat baru!

Mulakan pembelajaran pertama dengan Business Model Canvas atau ‘BMC‘. Kalau translate direct jadi Kanvas Model Bisnes atau Perniagaan. Tak gitu?

Apa tu ‘Model Bisnes‘ ?

Buku ni cakap:

“A business model describes the rationale of how an organization creates, delivers, and captures value.”

Kata kunci:

Bina, Sampaikan & Menambat Nilai.

Business Model Generation, Alexander Osterwalder & Yves Pigneur, et. al., John Wiley & Sons, Inc. halaman 14.  Penulis bersama dengan 470 BMC practitioners di seluruh dunia.

 

Mari kita tengok contoh mudah model bisnes untuk lebih senang nak faham.

Contoh Model Bisnes

Kita bayangkan kita berada disebatang jalan dipinggir bandar waktu tengah hari.  Panas. Dahaga.  Agak banyak kenderaan lalu lalang.

Di tepi jalan kita nampak ada satu dua gerai jual nasi goreng ayam berempah dan pisang goreng.

Kemudian, pemandu dan penumpang kenderaan lalu-lalang ni mungkin berasa panas dan dahaga sama macam kita.  Ini adalah prospek.  Kemungkinkan besar boleh jadi pelanggan.    Sebagai usahawan tentulah kita nampak peluang bisnes di sini. Kita boleh sediakan teh ais mantap sedap gila kepada mereka!

Berbalik kepada model bisnes kita boleh jelaskan macam ni:

(1) Bina atau cipta nilai.  Kita sediakan teh ais mantap sedap gila sebagai nilai.  Kita namakan

(2) Sampaikan nilai.  Jadi macam mana kita nak sampaikan nilai kepada pelanggan? Tentulah kita setup gerai di tepi jalan ni, dan jual secara terus kepada pelanggan.

(3) Tambat nilai.  Nak translate jadi tawan nilai pelik pulak kan :-D.  Apa yang kita tambat? Kita dapat wang tunai sebagai tukaran kepada teh ais yang kita sediakan.

Jadi macam mana kita nak terangkan model bisnes kita ni? Ok lebih kurang macam ni…

“Gerai teh ais mantap ini menyediakan teh ais sedap gila kepada pelanggan di tepi jalan.  Pelanggan yang datang akan menerima teh ais sedap gila dan membayarnya secara tunai”

Konsep Model Bisnes

Konsep model bisnes yang diterangkan di atas agak simplified.  Jadi Business Model Canvas atau BMC diperkenalkan.

Tujuan:  Memudahkan kefahaman – merujuk kepada konsep yang sama, single point of referrence.   So kalau nak berbincang, merujuk kepada benda yang sama.

Ciri-ciri konsep Model Bisnes: Mudah (simple), relevan, senang difahami, tetapi tak terlalu oversimplified bagaimana organisasi bisnes berfungsi – kompleks juga sebenarnya 😀

Kenapa nak guna Business Model Canvas ni?

Konsep ini  dah diuji dan diguna pakai oleh IBM, Ericsson, Deloitte dan banyak lagi organisasi di luar sana.  Kalau nak tau, revenue IBM, USD$ 22.1 bilion (2015) & Deloitte pulak USD$36.8 bilion (2016).

Tak ke rugi kalau kita tak guna!

The Business Model Canvas

BMC ni ada sembilan (9) building blocks dia:

business model canvas

“A shared language for describing, visualizing, assessing and changing business model”

Mari kita tengok satu-persatu:

  1. Customer Segments (CS)  – Organisasi menawarkan produk/perkhidmatan kepada satu atau lebih segmen pelanggan.
  2. Value Propositions (VP)  – Menyelesaikan masalah pelanggan atau memberi nilai tambah. Direct translate – Tawaran nilai.
  3. Channels (CH)  – Tawaran nilai disampaikan kepada pelanggan melalui kaedah komunikasi, pengedaran (distribution), dan saluran jualan (sales channel)
  4. Customer Relationships (CR) – hubungan dengan pelanggan dibina dan dikekalkan kepada setiap segmen pelanggan.
  5. Revenue Streams  (R$) – aliran pendapatan hasil dari kejayaan tawaran nilai kepada pelanggan.
  6. Key Resources  (KR) – sumber yang diperlukan untuk menawarkan dan menyampaikan perkara-perkara berkaitan building blocks 1-5 di atas…
  7. Key Activities (KA) – … dengan melaksanakan berberapa aktiviti utama dalam bisnes.
  8. Key Partnerships (KP)– Sesetengah aktiviti boleh dilaksanakan atau diperolehi (acquired) melalui pihak ke-tiga (proses outsource).
  9. Cost Structure  (C$) – Elemen bisnes model di atas akan menentukan struktur kos yang diperlukan.

OK ni template dalam format Microsoft Powerpoint yang boleh kita gunakan nanti…

Sekian untuk hari ini.  Nanti kita sambung baca buku ni dan update blog ni bagi setiap satu building blocks Business Model Canvas (‘BMC’) ini.

Terima kasih!

_____________________________________________________________________

Pautan:

Business Model Canvas (‘BMC’)
BMC – Customer Segments / Segmen Pelanggan
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 1/2
BMC – Tawaran Nilai (‘Value Proposition’) Bahagian 2/2
BMC – Channels
BMC – Customer Relationships
BMC – Revenue Streams (Bahagian 1/2)
BMC – Revenue Streams (Bahagian 2/2)
BMC – Key Resources
BMC – Key Activities
BMC – Cost Structure / Struktur Kos Perniagaan

2 Replies to “Business Model Canvas (‘BMC’)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *