Laman Web Perniagaan

Pembangunan laman web perniagaan adalah aspek yang sangat penting pada hari ini.  Kalau perniagaan kita tak ada laman web, boleh dikatakan perniagaan kita tidak wujud!  Ketinggalan zaman orang kata.

Tak kira lah sama ada kita menjalankan perniagaan secara offline, apatah lagi online.  Prospek akan cari laman web kita terlebih dulu untuk mencari maklumat.  Proses fact findingsDue diligence akan dimulakan dengan melayari laman web kita.  Kalau tak ada macam mana?

Laman web perniagaan merupakan antara medium utama bagi menjalankan perniagaan pada masa kini.  Bagaimana kita boleh berniaga melalui laman web?

Kita perlu pastikan bahawa laman web perniagaan yang dibangunkan boleh:

  1. Mengumpul sebanyak mungkin bakal pelanggan atau prospek;
  2. Membuat jual beli atau transaction secara online; dan
  3. Menyediakan ruang iklan sebagai punca pendapatan tambahan.

Mengumpul Senarai Prospek melalui Laman Web Perniagaan

Laman web perniagaan yang dibangunkan perlu mempunyai  seberapa banyak informasi yang berkualiti dan mencukupi tentang perniagaan yang dijalankan. Cuba bayangkan pengguna Internet tidak perlu mencari maklumat tambahan dari laman web lain.

Segalanya dihujung jari mereka ada di laman web perniagaan kita.  Laman web juga perlu kemas dan menarik perhatian sehingga boleh mengumpul sebanyak mungkin bakal pelanggan .

Laman web seperti ini kebiasaannya tiada jual beli secara online.  Ini bermakna tiada produk fizikal yang boleh dijual melalui medium Internet mahu pun dihantar secara khidmat penghantaran secara pos.  Tiada transaksi kewangan yang perlu dijalankan.

Sebagai contoh mudah, ejen hartanah hampir pasti tiada sesiapa yang mahu membuat bayaran permulaan (down payment) sebanyak 10% bagi sebuah rumah yang berharga 1 juta dengan hanya melayari laman web! (Kecuali mereka pernah berurusan dengan kita..)

Jualan sebenar dilaksanakan melalui perjumpaan secara face-to-face atau beberapa sesi perbincangan, teh tarik, telefon, email dan lain-lain.  Terdapat pelbagai proses tambahan lain seperti pelanggan mahu melihat produk yang hendak dibeli, menandatangani perjanjian jual beli, proses pinjaman dengan bank dan sebagainya.

Contoh-contoh bisnes online lain di mana laman web perniagaan lebih kepada mengumpul bakal pelanggan adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan perundingan (consultancy services) dalam pelbagai bidang seperti  teknologi maklumat dan komunikasi (ICT);
  • Perkhidmatan menjual insuran kesihatan, takaful, kihdmat nasihat dan pelaburan kewangan;
  • Ejen hartanah bagi jual beli rumah, tanah, dan lot-lot kedai; dan
  • Coaching, latihan dan seminar  dalam pelbagai bidang seperti motivasi, perniagaan, kelas memasak dan sebagainya.

Laman web perniagaan yang dibina perlu mempunyai maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan atau produk yang hendak dijual.  Ia bertujuan untuk memperlihatkan kepakaran dalam bidang yang diceburi dan seterusnya membina kredibiliti.

Antara lain, laman web perniagaan juga bertujuan untuk menonjolkan diri atau organisasi perniagaan dalam dunia bisnes online atau lebih dikenali sebagai ‘online presence‘.

Aspek yang paling penting adalah laman web perlu menyediakan borang-borang tertentu untuk prospek memberikan maklumat yang berkaitan.

Maklumat peniaga dan usahawan juga perlu mudah kelihatan dan dicapai bagi memudahkan bakal pelanggan menghubungi kita.

Laman E-Commerce atau Kedai Online

Laman web perniagaan juga telah menjadi menjadi salah satu medium jual beli secara online.  Perniagaan Internet jenis  ini menggunakan laman web yang khusus digunakan untuk melaksanakan transaksi jual beli secara online.

Sebagai contoh, terdapat pelbagai produk dan perkhidmatan yang boleh dijual secara online manakala penghantaran dilaksanakan dengan khidmat penghantaran secara pos.

Laman web seperti ini lebih dikenali sebagai laman web e-dagang (e-commerce website). Produk dan perkhidmatan boleh dijual secara online di mana bayaran atau transaksi dilakukan secara online.

Produk pula boleh dimuat turun (produk digital) atau dihantar secara khidmat pos.  Antara laman web popular dengan konsep yang sama adalah seperti Ebay, Amazon.com dan yang terkini mendapat liputan berikutan disenaraikan dalam pasaran saham di NYSE, Alibaba.com.

Di Malaysia pula, laman web jenis ini juga semakin mendapat sambutan seperti Zalora dan Lazada:

Menyediakan Ruang Iklan

Kita juga boleh menyediakan perkhidmatan pengiklanan (advertising) melalui laman web kita sebagai pendapatan tambahan.  Cabaran utamanya adalah meningkatkan bilangan trafik pengguna bagi melayari laman web yang kita bina.

Selepas itu, kita boleh menyediakan dan ‘menyewakan’ ruang atau menjual ruang iklan di laman web kita.  Kita juga boleh mendaftar dengan pelbagai agensi pengiklanan online dan meletakkan iklan mereka di laman web kita.

Mana Satu Pilihan hati?

Kalau kita nak bina laman web, apa fungsi yang kita nak?

fungsi laman web perniagaan

Bergantung kepada jenis perniagaan yang kita dijalankan, kita mungkin boleh mengumpul sebanyak mungkin bakal pelanggan.  Kita juga boleh terus menjual produk dan perkhidmatan secara online.  Transaksi jual beli juga boleh dijalankan secara online.  Bagi kedua-dua jenis laman web perniagaan ini, kita juga boleh mendapat pendapatan tambahan dengan menyediakan ruang iklan untuk dijual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *