Niche Market

Kenali niche market!

Bisnes tanpa passion atau minat yang tinggi  selalunya tak bertahan lama. Tetapi passion sahaja tidak mencukupi jika kurang permintaan terhadap produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan. Adakah passion dan permintaan yang tinggi sudah mencukupi untuk kita berjaya dalam bisnes yang dijalankan?

BELUM LAGI! Kenapa? Kita pasti tahu bahawa dunia bisnes adalah dunia yang mencabar! Anda pasti tercabar denganPERSAINGAN yang cukup hebat pada hari ini.  semua orang mahu berniaga. Tak kira apa sebabnya.

Semakin Tinggi Permintaan, Semakin Tinggi Persaingan

Semakin tinggi permintaan, semakin tinggi juga persaingan.  Apa tak nya, bila ada satu produk trending di pasaran, ramai akan cuba keluarkan produk yang sama. Contoh, ada kecantikan pemutih kulit yang dikeluarkan oleh satu jenama meningkat popular, yang lain juga akan join trend tersebut.

Kita tidak boleh bertindak terburu-buru dalam menjalankan bisnes. Memang betul ,fast action, fast result. Tetapi perancangan yang teliti juga adalah perlu.

Mencari ilmu berkaitan bisnes terlebih dahulu juga penting. Kita tidak boleh nafikan tentang persaingan. Persaingan adalah baik untuk industri. Kita juga tidak boleh nafikan bahawa antara matlamat menjalankan bisnes adalah untuk mencari keuntungan. Jadi, kita perlu bijak untuk menjalankan bisnes yang mempunyai persaingan yang agak kurang.

Adalah kurang  bijak untuk membuka kedai runcit bersebelahan dengan pasaraya terkemuka! Bagaimana hendak menjalankan bisnes dengan persaingan yang rendah? Kita perlu pilih perniagaan yang “niche” dalam pasaran! Ya betul, pasaran niche atau niche market!

Kenali Niche Market

Apa itu niche market ? Niche market adalah pasaran yang mempunyai fokus tertentu. Ia juga adalah pasaran yang tertumpu atau mempunyai sasaran tertentu.

Produk dan perkhidmatan juga adalah unik dan tiada orang lain terfikir atau berani untuk menjalankannya. Niche market mensasarkan produk atau perkhidmatan yang tidak dipasarkan oleh pembekal atau pengeluar yang mainstream.

Ini bermakna kita boleh mengelakkan persaingan dengan pengeluar, pembekal atau syarikat yang besar dipasaran.  Kita boleh boleh menjalankan perniagaan yang agak niche dengan mengecilkan skop.

Analogi bagi niche market adalah seperti mensasarkan ikan yang besar dalam kolam yang kecil, bukan ikan yang kecil tetapi banyak dalam kolam yang besar

Kita boleh lihat contoh-contoh perniagaan yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang niche seperti berikut:

Kaedah Belajar

Kita nak menulis buku, tajuknya adalah “Kaedah Belajar”. Skopnya adalah sangat luas dan anda boleh dapat banyak penulis menulis tentang kaedah belajar. Kita perlu ada niche tersendiri seperti mensasarkan pelajar Universiti. Apa kata tajuk buku kita nanti adalah “Kaedah Belajar untuk Pelajar Universiti”.

Cleaning Service

Perniagaan kita nanti adalah “Cleaning Services”. Kita boleh menjalankan perniagaan yang lebih niche seperti “Blind Cleaning Service Specialist“.

Information Technology

Perniagaan berkaitan IT juga banyak ditawarkan oleh pelbagai syarikat. Tetapi perkhidmatan yang agak niche dan lebih fokus seperti “Keselamatan IT” masih lagi belum banyak diceburi.

Tuition

Perniagaan berkaitan “Tuition” juga semakin berkembang pada hari ini. “Home Tuition” adalah lebih niche.

Graphic Design

Perkhidmatan rekabentuk grafik lebih umum. Lebih niche jika kita tawarkan perkhidmatan rekabentuk logo atau rekabentuk cover buku.

Telcommunication Provider

Perkhidmatan telekomunikasi prabayar juga banyak dipasaran.  Apa kata kita pilih perkhidmatan “antara prabayar terjimat dipasaran” seperti OneXOX yang lebih niche.  Fokus adalah penjimatan.

Web Design

Perkhidmatan membuat website juga sudah banyak, perkhidmatan membina minisite atau sales letter lebih niche. Bukan buat design dan host sahaja.. tetapi bantuk mereka menulis sales letter tersebut lebih niche!

Kenapa Niche Market Boleh Kurangkan Persaingan?

Kita boleh lihat dalam contoh di atas, produk dan perkhidmatan lebih unik dan kita akan nampak lebih pakar dalam bidang perniagaan yang dijalankan.  Ia juga bertujuan untuk mengurangkan persaingan.

Pembekal atau pengeluar produk yang mainstream tidak peduli pun tentang sesuatu produk atau perkhidmatan yang dianggap kecil itu.

Manakala peniaga kecil-kecilan lain pula tidak mengetahui atau tiada kepakaran tentang produk atau perkhidmatan kita yang niche tersebut.  Kadang-kadang mereka tahu, tetapi tak minat.

Niche Market Sebenarnya Tidak Wujud!

Kita perlu tahu yang niche market atau pasaran niche ini tidak wujud!  Tetapi kitalah yang kena wujudkan niche market tersebut!  Mula berfikir diluar kotak sekarang.  Mula fikirkan apakah pasaran niche kita yang tersendiri.

Apakah yang anda boleh pasarkan tetapi kurang persaingan esok hari?  Kalau memang tidak wujud, lagi lah tak ada pesaing.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *